,
Laman Utama

[VIDEO] Yusof Haslam Puji Kualiti Mechamato Movie; “Sangat Bertaraf Antarabangsa, Tahniah Nizam!”

Shahrin Zulkifle
24/12/2022
05:00 MYT

Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memberi pujian terhadap filem animasi Mechamato Movie.

Hadir menonton filem tersebut pada malam tayangan perdana minggu lalu, Yusof berkata dirinya berbangga melihat anak tempatan mampu menghasilkan sebuah filem bertaraf antarabangsa.

Malah, die turut menyampaikan ucapan tahniah buat pengarah, Nizam Abd Razak dan pihak produksi filem berkenaan.

“Saya begitu bangga apabila ada anak Malaysia yang mampu menghasilkan filem hebat seperti Mechamato.

“Filem ini sangat bertaraf antarabangsa, Tahniah kepada Nizam sebagai pengarah dan semua team yang menghasilkan filem ini,” katanya.

Selain Yusof Haslam, turut dilihat beberapa selebriti media sosial yang hadir pada malam tayangan tersebut, antaranya Zhaf Vlog

Rata-rata mereka turut berpuas hati dan memberi respons positif selepas menonton filem berkenaa.

@zhafvlog : “Saya tak pernah tengok filem animasi sehebat ini. Malah konflik yang diketengahkan dalam filem ini juga sangat berbeza dengan filem tempatan sedia ada!”.

@shazzainuddin : “Saya yang orang dewasa ni pun dalam wayang tadi terjerit woohoo! Sebab memang layan dan best filem ni".

Saksikan Mechamato Movie yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Sinopsis:

Apabila sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi, seorang pemuda bernama Amato bertemu dengan robot berkuasa yang bergelar MechaBot. Dengan mengakali MechaBot dan menjadi tuannya, Amato kini boleh menggunakan kuasa unik MechaBot yang membolehkannya untuk ‘Mechanize’ objek- objek biasa menjadi peralatan yang canggih.

Tetapi tanpa pengetahuan mereka, MechaBot sedang diburu oleh alien sibernetik bergelar Grakakus yang sanggup melakukan apa sahaja demi merampas MechaBot untuk rancangan jahatnya sendiri.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.