,
Laman Utama

[VIDEO] "Tak Lawak Langsung! Wanita Ini Perlukan 'Bantuan'" - Harith Iskander

Amri Hassan
10/07/2022
08:48 MYT
Pelawak popular Harith Iskander tampil mengulas video tular seorang wanita yang menghina agama Islam dalam persembahan komedi di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.
Jelas Harith, tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan tidak melucukan.
Malah, ia bukan persembahan komedi berdiri (stand up comedy).
"Wanita ini bukannya pelawak. Apa yang dipersembahkan juga bukan persembahan komedi berdiri. Iya betul, ia dipersembahkan di sebuah kelab komedi yang terbuka.
"Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.
"Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.
"Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan," kata Harith menerusi rakaman video di Instagram (IG).
Stand up comedy perlu bijak
Harith berkata, sepanjang 32 tahun melakukan persembahan komedi berdiri secara profesional, kandungan jenaka yang dipersembahkan perlulah bijak.
"Persembahan dicipta untuk buat orang ketawa. Pelawak akan bercerita dengan cara tersendiri dan penonton akan tergelak.
"Kandungan atau topik persembahan boleh menyuntik situasi semasa dan pelbagai sudut berbeza.
"Penonton gelak sebab pelawak menghasilkan komedi yang boleh membuatkan mereka terkejut. Tugasan ini perlu ada kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.
"Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan," katanya.
Open mic
Harith turut mengulas persoalan ramai mengenai kenapa kelab komedi berkenaan membenarkan wanita itu membuat persembahan.
"Ia 'open mic comedy night' yang juga acara terbuka dengan memberi peluang kepada sesiapa nak jadi pelawak.
"Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai.
"Kebanyakan pelawak di Malaysia bijak. Jadi, jangan pukul rata apa dilakukannya dengan apa yang pelawak sedia ada lakukan.
"Wanita ini perlu bantuan. Harap 'ubat' boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung.
"Setiap orang ada cita rasa. Ada persembahan tidak lawak, tetapi bertukar menyinggung perasaan. Saya sendiri menghakimi kerjaya ini dengan niat nak berlawak atau buat orang tersinggung.
"Wanita ini memang menyinggung sensitiviti orang dengan kejutan dilakukan," katanya.
Terdahulu, tular sepotong klip memaparkan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran sambil melondehkan pakaian dan menanggalkan hijab.
Tindakan wanita terbabit mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet ketika umat Islam sedang meraikan sambutan Aidiladha.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjalankan siasatan berhubung video yang tular dipercayai menghina Islam oleh wanita berkenaan.
Sementara itu, pemilik kelab komedi, Crackhouse Comedy Club dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita yang dianggap menghina agama Islam.
Crackhouse Comedy Club juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan melarang wanita berkenaan memasuki premis kelab komedi berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.