,
Laman Utama

[VIDEO] Syed Saddiq Buktikan Boleh Main Badminton, Netizen Terhibur Amelia Henderson Tak Merasa ‘Smash’

Shahrin Zulkifle
19/01/2023
13:00 MYT

Sebelum ini pernah tular di laman sosial video yang memperlihatkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq yang kelihatan sedikit ‘kekok’ ketika sedang bermain badminton.

Malah, ramai wargamaya yang terhibur selepas melihat gelagat Saddiq pada video berkenaan.

Susulan daripada itu, Saddiq dilihat mahu ‘membalas dendam’ dan membuktikan bahawa dirinya benar benar boleh bermain badminton.

Menerusi satu perkongsian terbaharu di laman Instagram, Saddiq berkesempatan meluang masa untuk bermain badminton bersama pelakon jelita, Amelia Henderson.

Pada perkongsian tersebut, mereka bermain secara beregu di mana Saddiq dan Amelia disatukan sebagai satu pasangan regu.

Namun, apa yang mencuri perhatian wargamaya apabila Saddiq seakan mengawal permainan sepenuhnya seorang diri.

Kewujudan hos program Gempak Most Wanted di situ membuatkan ramai terhibur kerana langsung tidak diberikan peluang untuk membuat pukulan apabila Saddiq secara berterusan mengambil pukulan tersebut.

“Dua dua memang super competitive. Nak menang supaya boleh dijadikan bahan membahan sampai sesi seterusnya” seloroh Saddiq pada kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut selain menyampaikan ucapan tahniah pada Saddiq apabila dia akhirnya membuktikan boleh bermain badminton

“Hurm macam main sorang je YB, kesian Amelia tak dapat pukul haha,” kata seorang wargamaya.

“Kesian member tak dapat pukul, semua YB ambil haha,” kata seorang warganet.

“YB ni kesian Amelia tak dapat pukul bola, YB jgn la sapu semua haha. Yang penting YB buktikan boleh main badminton, hebat!,” kata seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!