,
Laman Utama

[VIDEO] ‘Swipe’ Alyph Trending, Janna Nick, Merqeen & Sherry Al Hadad Ikut Sama Join Trend TikTok

Shahrin Zulkifle
02/11/2022
13:00 MYT
“Kalau aku like, aku like, kalau tak aku swipe!” demikian antara bait-bait lirik lagu buah tangan terbaharu daripada penyanyi rap handalan Singapore, Alyph, berjudul Swipe.
Melodinya yang cukup catchy dan easy listening menjadikan Swipe begitu dekat di hati para pendengar.

Swipe Tidak Mudah

Pun begitu, biarpun melodinya cukup pantas menangkap halwa telinga pendengar, pemenang anugerah Young Songwriter of the Year anjuran Composers and Authors Society of Singapore itu mengakui bukan tugas mudah melunaskan Swipe.
“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa dan hasilkan Swipe, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu cetuskan rasa itu,” ringkasnya.

DSV Jadi Rujukan Alyph

Bagi memberi gambaran realistik mengenai rasa lagu, Alyph menjadikan Datuk Seri Vida sebagai rujukan yang cukup tepat dan dianggap beliau tidak munafik berdekad lamanya.
Malah Alyph mengakui beliau sering mendapat liputan, dan tidak pernah gagal menjentik khalayak ramai untuk bercakap mengenainya.
“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai lukam silam serta kejayaan depan mata. Beliau sangat sempurna dengan karakter itu.
“Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya. ‘Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?” jelas Alyph.

Muzik Video

Menurut pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar, muzik video Swipe diinspirasikan daripada visi dan pesona Alyph menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat.
“Swipe adalah sebuah platform untuk Alyph menonjolkan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.
Sementara itu, Alyph menjelaskan biarpun pembikian muzik video mencabar namun dia akui berbaloi.
“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain.
“Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi,” jelasnya.

Trending Di TikTok

Dalam pada itu, Swipe yang baharu saja diluncurkan beberapa hari lalu kini sudah menjadi trending di laman TikTok.
Malah, beberapa selebriti tanah air turut sama melakukan trend Swipe termasuklah, Daiyan Trisha, Merqeen, Alvin Chong, Janna Nick, Sherry Al Hadad dan ramai lagi.
Swipe kini boleh dinikmati menerusi semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan banyak lagi, manakala muzik videonya boleh ditonton di Youtube dengan klik di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.