,
Laman Utama

[VIDEO] Rita Rudaini Sebak, Rindu Bila Teringat Anak Minta Check Bacaan Hafazan - “Walaupun Kami Tak Perfect, Tapi…”

Izwan Isa
09/12/2022
11:50 MYT
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan yang dia berasa sebak saat melihat proses pendewasaan anak-anak, khususnya cahaya mata sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia 13 tahun.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, Rita menunjukkan rakaman ketika anaknya itu yang sedang khusuk menghafaz Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen pula, Rita berkata, sungguhpun keluarga kecilnya tidak sempurna, namun dia berasa bersyukur dengan kehadiran anak-anak di sisi.
@ritrud727
Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku ?…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik ?‍?‍? ?♬ original sound - Rita Rudaini “Setiap kali cuti, waktu Maghrib dia akan minta Mommy dan adik check balik hafazan dia dari Juzuk 1. Dia takut dia lupa.
“Sebak hati sebenarnya tengok anak-anak dah besar. Dalam hati Mommy cakap, mungkin ini hikmah Allah nak hadiahkan pada aku.
“Walaupun kami tak perfect macam orang lain, tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku. Alhamdulillah, Mommy dan adik tak sabar nak tuggu Ryan balik,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian yang dilakukan oleh Rita itu.
“Dapat didik anak kenal Allah dan Al-Quran adalah kejayaan sebenar… dan kebahagiaan yang paling besar.
“Alhamdulillah... Sejuk perut Rita. Kami yang dengar pun dah sejuk. Tahniah Rayyan.”
“Subhanallah. Sebak tengok. Anak yang hebat hasil dari didikan seorang ibu yang hebat. Tahniah buat Rita.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Hiburan

Digelar ‘Ikon Ibu Tunggal’ Oleh Netizen, Rita Rudaini Hanya Mahu Jaga Amanah Allah Dengan Baik - “Ada Ramai Lagi Wanita Seperti Saya Yang…”

gempak
26/08/2024
13:55 MYT
Selepas kejayaan putera sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, netizen berpendapat pelakon Rita Rudaini sepatutnya menerima pengiktirafan sebagai ‘Ikon Ibu Tunggal’ atas usahanya membesarkan anak-anak tanpa suami disisi.
Hiburan

“Semoga Saya Tak ‘Tumbang’ Sebelum Mereka Berjaya” - Luahan Rita Rudaini Untuk Anak Buat Netizen Sebak

gempak
26/08/2024
03:56 MYT
Pelakon Rita Rudaini menitipkan luahan istimewa buat anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengenai perasaan sebenarnya.