,
Laman Utama

[VIDEO] Puas! Beto Kusyairy Sanggup Bakar Diri Sampai Melecur Bibir! - "Ini Salah Satu Wish List Saya"

Shahrin Zulkifle
28/10/2022
08:00 MYT
Pelakon Beto Kusyairy mendedahkan dia berasa puas apabila berjaya melakukan sendiri aksi lagak ngeri yang membakar diri dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Halimun.
Jelas Beto, biarpun mengalami kecederaan ringan ketika itu, namun dia berasa puas kerana adegan melakuakn aksi lagak ngeri sedemikian sudah menjadi impiannya sejak dahulu lagi.
“Saya memang percaya dengan stunt team yang pihak produksi sediakan dan saya tahu tahap keselamatan mereka sangat tinggi, banyak kali dah saya bekerja sama dengan team itu.
“Saya buat kerana disebabkan watak itu sendiri, lebih bagus Zahir (watak Beto) merasakan sendiri macam rasa terbakar itu.
“Tambah lagi, daripada sudut kepuasan sebagai seorang pelakon juga. Zaman saya masih buat guna stuntman dulu lagi, ini adalah salah satu daripada wish saya, Alhamdulillah akhirnya dapat juga buat dengan dibantu oleh team yang sangat bagus.
“Ada berlaku kecederaan sedikit dibahagian bibir saya, kerana waktu disapukan gel untuk elak melecur itu tidak menutupi bahagian bibir, jadi waktu terkena api, ia terkena bahagian yang tiada gel itu,” katanya.
Beto ditemui pada malam gala tayangan filem Halimun yang bertempat di GSC, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu, aktor berusia 42 tahun itu menjelaskan tindakan melakukan sendiri aksi lagak ngeri itu bukanlah bertujuan untuk dilabelkan sebagai seorang ‘pelakon sebenar’.
“Bagaimanapun saya ingin tegaskan disini, tindakan saya melakukan stunt sendiri adalah bukan kayu aras untuk orang melabelkn saya sebagai true actor, tidak begitu.
“Jangan anggap bila buat stunt sendiri terus dilabel ‘pelakon sebenar’, saya buat begitu sebab saya yang minta dan request sendiri,” tambahnya.
Selain Beto, Halimun turut dibintangi pelakon Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis Azizi
Sinopsis :
Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.
Saksikan filem seram Halimun yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.