,
Viral

Video Promosi Baju Jersi Bella Astillah & 6 Lelaki Tuai Komen Lucah, Netizen; "Bulan Puasa Perangai Jijik"

Gempak
01/04/2024
04:55 MYT
Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, masih lagi tidak lekang menjadi sebutan netizen apabila kali ini aktres itu menjadi mangsa gangguan seksual secara atas talian.

Video Untuk Promosi Jersey

Menerusi satu video di Platform TikTok, sebuah akaun menggunakan Bella sebagai model untuk mempromosikan baju jersey yang dijual.
Dalam entri tersebut, dapat dilihat Bella dikelilingi enam orang lelaki yang turut mengenakan jersey dalam warna yang berbeza.

Terima Komen Lucah

Akan tetapi, posting berikut dibanjiri oleh komen-komen tidak senonoh netizen apabila ia disamakan dengan satu babak video lucah.

Netizen Pertahankan Bella

Video berkenaan turut dimuat naik semula di Platform X oleh seorang pengguna yang mengkritik sikap sesetengah lelaki yang tanpa segan silu meninggalkan komen lucah pada bulan Ramadan.
“Video simply untuk promote baju. Tapi sudah tentu lelaki-lelaki ni akan guna macam-macam alasan untuk lakukan gangguan seksual terhadap wanita yang tak bersalah. Bulan puasa pun perangai jijik!” tulisnya. Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 40,000 tanda suka serta 800,000 tontonan di TikTok.
Terdahulu, rumah tangga Bella Astilla terpalit kontroversi apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas kejadian tersebut.
Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.
Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.
Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.

BERITA TRENDING: Tak Dapat Tahan Menangis, Netizen Sebak Lihat Ayden Lap Air Mata Bella - “Mummy Lahirkan Saya..."

Sumber: TikTok/Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.