gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
VIRAL
Kes Kematian Zara Qairina: Mimi Lana Tampil Bersuara - "Dia Dibuli, Tapi Tak Pernah Didengari..."
BERITA
Hari Ini Mungkin Hari Terpendek Bumi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Video Perubahan Wajah Kim Seri Tular, Netizen Pertikai Hasil Sebelum & Selepas ‘Plastic Surgery’ - “Macam Ada…”

Umirah Halim
Umirah Halim
05/08/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Video Perubahan Wajah Kim Seri Tular, Netizen Pertikai Hasil Sebelum & Selepas ‘Plastic Surgery’ - “Macam Ada…”
Nama pempengaruh yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri kembali hangat diperkatakan netizen susulan satu video yang memaparkan wajahnya sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik tular.
Menerusi satu video yang di muatnaik seorang pengguna di Thread, Kim Seri dilihat sedang menikmati makanan di sebuah restoran.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian ialah suntingan visual yang menunjukkan perubahan wajahnya sebelum dan selepas menjalani prosedur kosmetik.
Perbandingan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya mempersoalkan hasil pembedahan tersebut.
“Upper eyelid tak smooth. Lubang hidung tak symmetrical. Surgery went wrong?
“Fake eyelid sumpah pelik.
“Dia punya denture positioning pun pelik… macam ada biting problem,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Kim Seri pernah mengakui menjalani beberapa prosedur pembedahan plastik pada wajahnya. Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa rawatan tersebut ditaja sepenuhnya oleh sebuah klinik sebagai sebahagian daripada promosi.
Ini bukan kali pertama figura media sosial itu menjadi perhatian ramai. Sebelum ini, Kim Seri terpalit dengan kontroversi apabila beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikendalikan olehnya.
Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.
Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.
Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa mereka masih belum menerima sebarang bayaran setakat ini, manakala Kim Seri dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Korea Selatan.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kim Seri berhubung video tular terbaru yang menjadi perdebatan ramai.
Warganet turut mendesak agar siasatan lanjut dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang mungkin berlaku.
Sumber: Thread
Topic Berkaitan
#Seri
#Wajah
#Kim
#Perubahan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement