,
Laman Utama

[VIDEO] Nasi Lemak Ibu Tunggal Makin Laris, Ada Pelanggan Gigih Datang Dari Perak!

Shahrin Zulkifle
16/01/2023
13:00 MYT

Tular di laman TikTok video seorang ibu tunggal yang menjual nasi lemak dengan membuka sebuah gerai secara kecil-kecilan di Sentul, Kuala Lumpur.

Mula berniaga sejak seminggu lalu, wanita yang dikenali sebagai Mya tidak menyangka apabila nasi lemak yang menggunakan resepi keluarga habis terjual setiap hari selepas diserbu orang ramai.

@_missmyaaa_ 2nd day meniaga ! Semoga dipermudahkan segala urusan n dimurahkan rezeki..Jgn lupa singgah ye korg☺️ #fyp#foryou#foryoupage#fypシ#fypシ゚viral#trending#viral#tiktok#akaknasilemak ♬ Sholawat Jibril Penarikan Rezeki - Sholawat Official

Memetik Harian Metro, Mya mendedahkan ada pelanggan yang sanggup datang dari Cameron Highlands dan Perak untuk merasai air tangannya itu.

Tidak hanya itu, ada juga pelanggan yang sanggup membayar kos penghantaran dari Sentul ke Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan beberapa kawasan Lembah Klang yang lain.

Menjengah ke ruangan balas pada perkongsian Mya, rata-rata wargamaya mendoakan perniagaan ibu kepada dua cahaya mata terus laku selain ada yang sudah mencuba dan mengakui nasi lemak tersebut ternyata sedap.

“Hadir support, memang sedap! Semoga urusan sis dan keluarga dipermudahkan. Amiin,” ujar seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, semoga terus berjaya. Rezeki awak dan keluarga,” kongsi seorang warganet.

“Nanti saya datang bawa geng, terus success kak!,” komen seorang netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan 100 ribu tanda suka.

Sumber: Harian Metro

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.