,
Laman Utama

[VIDEO] Macam Anime Jepun! Lagu Baru 'Flash & Dash' Yonnyboii & Rapper Sarawak GUCCIMITH Memang Next Level! - "Eksperimental, Tak Pernah Cuba ..."

Amri Hassan
30/05/2023
11:50 MYT
Tidak mengenal erti penat, rapper tempatan yang semakin hari meningkat naik, Yonnyboii kembali dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Flash & Dash’.
Lagu ciptaan Yonnyboii serta SonaOne, Wolfy, GUCCIMITH ini sendiri mempunyai kelainan dari segi penyampaian dan gaya.
Istimewa kali ini juga, Yonnyboii berkolaborasi bersama bintang rap dari Bumi Kenyalang, Sarawak GUCCIMITH untuk menghidupkan lagi karya tersebut.
“Saya rasa lagu ni lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat. Ia boleh dianggap eksperimental untuk diri saya yang belum pernah mencuba gaya sebegini,” ujar Yonnyboii membuka bicara.

Inspirasi anime Jepun

Menurutnya lagi tajuk lagu ini, iaitu Flash & Dash sememangnya terinspirasi dari sini animasi Anime Jepun yang pernah popular pada tahun 90-an.
“Pesan yang kerap dipaparkan dalam siri kartun tersebut adalah bagaimana watak-watak utamanya sentiasa ingin berusaha menjadi juara dan pemenang. Jadi itulah yang ingin saya kongsikan. Kita semua ingin jadi yang terbaik namun masa itu suntuk. Kita tidak mungkin dapat mengejar waktu. Jadi berusahalah secepatnya jika mahu berjaya.
“Setelah mengambil keputusan untuk menyiapkan projek ini, saya baru sedar yang saya sebenarnya memang mahu menampilkan rakan seindustri GUCCIMITH. Walaupun dia berada di Kuching, kebetulan semasa hendak merakam lagu ini dia berada di Kuala Lumpur. Jadi dia terus datang ke rumah untuk proses rakaman saya dan tidak sampai tiga jam, lagu ini siap dirakam,”jelasnya.

Drift kereta

Lagu ini juga didatangkan dengan sebuah klip video yang menarik.
“Ini kali pertama saya membuat penggambaran video dengan gerakan kereta ‘drift’ yang begitu laju. Sangat menyeronokkan. Malah, semua yang terlibat memberi kerjasama yang baik termasuk rakan saya GUCCIMITH sendiri.
“Saya harap semua orang akan menyukai lagu ini dan dapat menangkap pesan yang ingin cuba saya sampaikan. Sesiapa yang pernah menonton siri Anime Flash & Dash pasti tahu apa yang saya maksudkan dan mengerti perasaannya. Semoga dapat memberi inspirasi pada para pendengar,” bingkas Yonnyboii mengakhiri bicara.
Single Flash & Dash boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 26 Mei lalu, muzik lagu Flash & Dash ini telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Yonnyboii pada 26 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.