,
Laman Utama

Video Lagu Baby Shark Mendapat Tontonan Paling Banyak Di Seluruh Dunia!

Asraf Aided
04/11/2020
12:27 MYT
Lagu kartun Pinkfong, Baby Shark merupakan video yang paling banyak mendapat tontonan di seluruh dunia di YouTube, lapor AWANI.
Sejak dimuat naik pada 17 Jun 2016, video itu ditonton oleh lebih 7.044 bilion kali.
Disebabkan populariti itu, Pinkfong dikatakan mengaut pendapatan sebanyak AS$5.2 juta (RM21.6 juta).
Lagu yang popular dalam kalangan kanak-kanak itu mengalahkan Despacito oleh Luis Fonsi dan Daddy Yankee (2019) dengan 7.038 bilion tontonan, Shape of You oleh Ed Sheeran (2017) dengan 5.05 bilion dan Uptown Funk oleh Bruno Mars (2014) dengan 3.99 bilion, menurut laporan BBC.
Lagu Baby Shark itu bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga dalam kalangan dewasa.
Ramai dilihat menari dan menyanyi “doo doo doo doo dooo” di acara festival muzik ternama Amerika Syarikat (AS), Coachella pada tahun 2019.
Video tarian Baby Shark pula telah dimuat naik di YouTube pada 2016 oleh Pinkfong, iaitu syarikat hiburan dan pendidikan kanak-kanak Korea Selatan.
Lagu itu mulanya mendapat perhatian di seluruh Korea Selatan, sebelum merentas dunia menerusi Internet apabila orang ramai membuat video tarian serta menyahut cabaran mempersembahkan semula lagu tersebut yang mempunyai melodi menarik.
Sumber : Astro AWANI//Suraya Mia Kredit Foto : Pulse News Korea
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ada Apa Di 'Karnival SYOK Weh!' Hujung Minggu Ini?

gempak
22/09/2022
09:43 MYT
Karnival SYOK Weh! berlangsung pada 24 & 25 Sept, 10 pagi hingga tengah malam di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.
Laman Utama

Banduan Mati Terseksa Selepas Dipaksa Dengar Lagu Baby Shark Berulang Kali

gempak
15/09/2022
13:50 MYT
Banduan itu ditemui tidak sedarkan diri di Penjara Daerah Oklahoma, Amerika Syarikat
Laman Utama

3 Tips Uruskan Anak Berumur 3 Tahun Ke Bawah Di Rumah Sambil Bekerja

gempak
25/02/2021
00:50 MYT
Cuba kit pembelajaran pertama Pinkfong.
Laman Utama

Dapatkan Set Pembelajaran Pinkfong Dalam Bahasa Inggeris Pertama Di Dunia Di Astro

gempak
27/01/2021
02:43 MYT
Pra-pesanan ‘Pinkfong First Learning Kit’ boleh dibuat di Go Shop dari 25 Januari hingga 10 Februari
Berita

Tonton Pinkfong & Baby Shark Di Layar Lebar, Kini Di Pawagam Seluruh Malaysia!

gempak
19/12/2019
11:22 MYT