,
Laman Utama

[VIDEO] Komposer Kontroversi Namewee ‘Wakil’ Malaysia Di FIFA World Cup Qatar 2022, Ya Gamila Dipuji Peminat Seluruh Dunia

Shahrin Zulkifle
19/11/2022
12:00 MYT
Meskipun pasukan bola sepak negara tidak layak ke Piala Dunia FIFA Qatar 2022, namun sekurang-kurangnya rakyat Malaysia harus berasa bangga apabila negara masih ‘diwakili’ oleh penyanyi rap berkontroversi, Namewee yang baharu saja meluncurkan lagu berjudul Ya Gamila bersempena kejohanan tersebut.
Menarik lagi, Ya Gamila yang membawa maksud Cantik (Hey Pretty), turut menampilkan penyanyi Yasin Sulaiman selaku rakan duet dalam lagu berkenaan.
Namun, bersyukurlah apabila karya anak kelahiran Muar, Johor itu pada kali ini tidak keterlaluan seperti karyanya terdahulu yang sering menghina Islam.
Ya Gamila turut menggunakan beberapa perkataan atau frasa Muslim yang membawa makna yang baik seperti Assalamulaikum (Selamat sejahtera), Alhamdulillah (Segala puji bagi Tuhan) dan Allah.
Sementara itu, sambutan baik turut diberikan oleh kalangan peminat beragama Islam di seluruh dunia yang kagum dengan bakatnya dalam mengalunkan alunan Arab dalam bahasa Inggeris dengan campuran perkataan Melayu dan Mandarin selaki gus mencerminkan identiti Malaysianya.
Muzik video rasmi Ya Gamila yang sudah diluncurkan di YouTube sejak seminggu lalu telah menerima lebih 3juta tontonan dan 38ribu tanda suka.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji karya komposer berusia 39 tahun itu selain berasa bangga melihat kejayaan Namewee di tahap antarabangsa.
“Name tetap dengan gayanya, menghasilkan bukan sekadar kemerduan irama, tetapi kebudayaan dan kesantunan dunia!” komen seorang wargamaya.
“Wow, Namewee, memang seorang penulis lagu yang sangat bagus dan dia menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa yang berbeza, dia benar-benar genius,” ujar seorang netizen. “Karya yang hebat, menarik, vokal yang bagus, muzik yang bagus, sepatutnya memenangi anugerah tahun ini dalam festival lagu antarabangsa,” kongsi seorang warganet.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ranking FIFA: Indonesia Kembali Atasi Malaysia, Kini Di Tangga Ke ...

gempak
12/06/2024
03:55 MYT
Pasukan bola sepak Indonesia berjaya lolos ke Pusingan ke 3 Piala Dunia sekaligus menempah slot ke Piala Asia 2027 apabila menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.
Sukan

Piala Asia 2023: Semangat Tak Putus Asa! Harimau Malaya Pamer Aksi Menarik Menentang Korea, Dapat Pujian FIFA

gempak
25/01/2024
15:58 MYT
Cayalah Harimau Malaya!
Laman Utama

[VIDEO] Insiden Pegawai Pasukan Lempar Kucing, Doa Peminat Mahu Brazil Kalah Di Piala Dunia Makbul; “Padan Muka, Kena Badi…”

gempak
10/12/2022
04:30 MYT
Badi lempar kucing
Laman Utama

Nak Layan Perlawanan Piala Dunia Setiap Hari? Jom Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Menyaksikan Piala Dunia FIFA Qatar Sooka Bersama Maxis Secara PERCUMA Setiap Hari!

gempak
30/11/2022
11:30 MYT
Maxis Lancar #SebolaSuara