,
Laman Utama

[VIDEO] Kes Pengunjung Tercampak Dari ‘Sotong Ride’, Netizen Lahir Rasa Bimbang: “Fun Fair Ni Selamat Ke?

Izwan Isa
12/12/2022
23:50 MYT
Malang tidak berbau… Seorang kanak-kanak dan dua orang dewasa dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada kenderaan (ride) taman permainan (fun fair) yang beroperasi di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, baru-baru ini.
Memetik laporan yang diterbitkan media tempatan, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.
Video : Orang Awam pic.twitter.com/DFdZtUnuQP— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 12, 2022 Menurut Ramli, ketiga-tiga mangsa tersebut terjatuh daripada permainan yang dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.
Tambahnya, seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka.
Ramli turut memberitahu, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Selain itu, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.
Meninjau ciapan yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan kemalangan yang berlaku.
“Aku kalau fun park yang camni memang tak berani naik. Safety pon takda.”
“Soalan. After installation this part. Pihak mana yang buat inspection and sahkan bende ni selamat untuk naik?"
“Fun fair ni selamat ke?”
Sumber: Buletin TV3 dan Facebook
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.