,
Laman Utama

[VIDEO] “Kau Tetap Di Hatiku Selamanya Cinta Syurga” – Balu Abam Ziarah Kubur, Ubati Rasa Rindu

Shahrin Zulkifle
31/07/2022
08:00 MYT
Kelmarin, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nur Hidayah Mohd Ali bersama anaknya datang menziarahi pusara pelawak itu yang kini memasuki tahun kedua pemergiannya.
Hidayah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran terbaru di laman TikTok miliknya sambil meluahkan rasa rindu dan mengatakan Arwah Abam tetap dihati selamanya.
“Abang hari ini sayang (Hidayah) bawa anak kita datang jumpa abang.
“Pemergianmu membuat diriku mengerti bahawa rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah tiada.
“Al-Fatihah suamiku tercinta Syed Umar Mokhtar, kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga,” coret Hidayah.
Menerusi video tersebut, memperlihatkan Hidayah mencium batu nisan pusara suami tercinta bagi mengubati rasa rindu.
@hidayah_hamzah
Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg ? 'Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada'.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ❤️?...##alfatihah ##cintasyurga ##kitabaikramaisayang ##dieyabeauty ##anakibuayah ##doakudisetiapsujudku ##sabundaunsukunhidayahabam♬ Takkan Pisah - Wali
Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menyentuh hati wargamaya yang rata-rata bersedih dan sentiasa mendoakan Hidayah serta anak, Syed Utman Hamzah terus kuat dan tabah mengharungi ujian ini.
Untuk rekod, Abam Bocey telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 akibat sakit demam panas di kediamannya di Gombak.
Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

gempak
12/09/2024
18:55 MYT
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.
Hiburan

"Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci

gempak
19/03/2024
01:55 MYT
Bukan berdiam diri! Tegas pelawak Achey yang pernah sekumpulan dengan Allahyarham Abam Bocey, dia mengharapkan kemelut antara Nor Hidayah dan Syed Ali Puteh diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Terima DM Lelaki Nak Berkenalan, Balu Abam Bocey Mengaku Belum Bersedia Berumah Tangga - “Saya Terbuka Jika Ada Jodoh Tapi…”

gempak
28/02/2024
01:55 MYT
Belum bersedia dirikan rumah tangga
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.