,
Laman Utama

[VIDEO] Jurusolek Terkenal Dedah Sikap Sebenar Fazura - “Dia Adalah Selebriti Yang Mempunyai…”

Asyikin Mayudin
18/07/2023
11:50 MYT
Banyak kali bekerjasama, jurusolek terkenal Nuex Rosli atau mesra disapa sebagai NR mendedahkan sikap sebenar pelakon cantik Nur Fazura.
Nuex menerusi siaran langsung di TikTok berkata Fazura antara selebriti yang memberi kesan kepadanya disebabkan sikapnya yang baik dan berbudi bahasa.
“90 peratus artis adalah baik… Uqasha Senrose baik, semua baik. Tapi yang paling baik dan terkesan pada hati NR ialah Fazura. Sebab Fazura ini bila NR make up, dia punya keramahan, dia genuine tau.
“Dia tak fake, dia sangat genuine… apa yang you nampak dia macam, dia adalah selebriti yang mempunyai hati yang besar, selebriti yang sangat-sangat best untuk bekerja.
“Kalau dia nak minta alter sesuatu pun, macam nak tebalkan kening sikit ke apa, dia panggil NR, Nunu… ‘Nunu, cantik tapi boleh tak kalau kita nak try kening tebal sikit ke’. Dia akan cakap, minta dalam bahasa yang sangat lembut.
“Macam ‘Nunu, macam tak cukup parang saja ni, nak tak kita parang macam ini’. Macam itu tau bahasa Fazura,” dedah Nuex.
Bukan sahaja isteri kepada aktor Fattah Amin, tetapi Nuex juga memberitahu aktres Uqasha Senrose dan adiknya iaitu Nelydia Senrose juga mempunyai budi bahasa yang tinggi.
“I love Fazura… dia punya bahasa sangat tinggi. That is why NR selalu make up Fazura. Selebriti akhlak tinggi… Fazura, Uqasha, Nelydia… ini semua orang yang budi bahasa tinggi.
“Ramai artis yang budi bahasa tinggi. NR tak tahu la, maybe nama NR strong ke apa, tapi bila NR bekerjasama dengan mereka, mereka sangat baik,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Istimewa Fazura Sempena Hari Lahir Ibu - “Bila Tanya Nak Hadiah Apa? Cukup La…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Lihat Fatima Kesian, Dia Seorang Diri” - Nur Fazura Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Anak Kedua
@watieysoong @Nuex Rosli @Fazura #fyp #fazura ♬ original sound - watieysoong
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.