,
Laman Utama

[VIDEO] Joey Daud Mengaku Bergaduh Dengan Danial Zaini Di Parking Kereta - “Saya Mohon Maaf Kerana…”

Asyikin Mayudin
20/04/2023
04:57 MYT
Pelawak Joey Daud akhirnya tampil mengakui dia adalah individu dalam video tular yang memperlihatkan seorang selebriti bergaduh di kawasan tempat letak kereta baru-baru ini.
Joey menerusi video yang dikongsikan di TikTok turut mengesahkan pelawak Danial Zaini adalah individu yang bergaduh dengannya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, Joey menjelaskan insiden antara dia dan Danial itu sudah diselesaikan dan memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan kepada semua.
“Saya ingin menjelaskan kepada semua, dan wartawan di mana yang ingin tahu kejadian saya di parking bersama Danial. Ada insiden kecil yang berlaku.
“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya dan Danial sudah settle. Jadi jangan risau, semuanya dah selesai. Saya mohon maaf kerana memberi impak kerisauan yang besar kepada semua.
“Kerana ramai ingin tahu dan bertanya kepada saya. Saya ingin beritahu yang saya dan Danial dah settle. Sekali lagi saya ingin mahon maaf,” jelas Joey.
Joey bagaimanapun tidak memberi penjelasan lebih lanjut mengenai apa yang sebenarnya berlaku antara dia dan Danial ketika itu.
Terdahulu, video berdurasi 1:01 saat di media sosial itu merakamkan pelawak berkenaan telah melakukan kekerasan terhadap seorang individu.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan pelawak itu memeriksa bahagian kanan keretanya sebelum memarahi individu yang didakwa melanggar keretanya.
Sebelum berlaku kekerasan, kelihatan individu itu juga seolah-olah memberikan provokasi melalui kata-kata kepada pelawak tersebut.
Video itu dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh seorang pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi berkenaan sambil memetik nama Joey.
BACA: [VIDEO] Pelawak Didakwa Bergaduh, Tak Puas Hati Kereta Kena Langgar? - “Eh Nampak Macam …”
@joey_daud moga jelas pencerahan ini..aaminn#tiktokmalaysiaviral #fyp #akumpumtampamham ♬ original sound - Mr Jowa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GMWA2023: Danial Kifli Akur Tewas, Bakal Lancarkan Pergilah Cinta Versi Jawa Buat Peminat Indonesia!

gempak
28/02/2024
07:00 MYT
Takpe takde rezeki teruskan usaha!
Laman Utama

[VIDEO] “Come On, Anak Jantan Lah Sikit” - Danial Zaini Tak Puas Hati Isu Bergaduh, Tuntut Joey Jumpa Depan-Depan

gempak
21/04/2023
04:50 MYT
Danial ajak jumpa face to face.
Laman Utama

GV9: “Ada Yang Anggap Saya Pengacara Paling Teruk” - Danial Zaini Tampil Mohon Maaf, Last Minute Terpaksa Ganti Nabil Ahmad

gempak
25/09/2022
21:55 MYT
Danial Zaini tampil mohon maaf...
Laman Utama

#MLM2021: “Disebabkan Ramai Yang DM Dan Tanya, Ini Jawapan Saya Mengenai Impersonation” – Danial

gempak
19/11/2021
09:40 MYT
Harap semua jelas lah ye...
Laman Utama

#GempakSpot: Arwah Pak Mat Lif & AJK, Satira Sosial Wajib Tonton Rakyat Malaysia

gempak
21/06/2021
14:20 MYT
Kalau ada masa tonton okay