,
Laman Utama

[VIDEO] Jaafar Onn Join Trend ‘Swipe Challenge’, Sharifah Shahirah Sepakat Dengan Netizen; “Ini Win, Dia Juara Sebenar”

Shahrin Zulkifle
03/11/2022
08:00 MYT
Video memperlihatkan pelakon senior Jaafar Onn melakukan trend Swipe challenge di laman TikTok mencuit hati wargamaya.
Menerusi muat naik terkini di laman sosial tersebut, Jaafar menjadi antara selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan trend yang sedang tular ketika ini.
Pada perkongsian sama, pelakon yang terkenal dengan drama Cili Padi itu dilihat mengenakan pakaian bewarna putih dan topi jenis Panama hat serta lengkap berkaca mata hitam.
Bertambah lucu lagi, apabila gaya tangan Jaafar yang seakan sedang menulis typewriter turut mencuit hati netizen.
Sementara itu, video Jaafar turut dikongsikan semula oleh pelakon Sharifah Shahirah di laman Instagram miliknya.
“Ok ini aku saya suka, ini win, aku ada type, dia taip ye”, tulis Shahirah ringkas pada kapsyen.
@jaafar_onn kalau aku like aku like kalau tak aku swipe ?#SlowZoom #swipe #jaafaronn #jaafaronnswipe ♬ SWIPE - ALYPH
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelakon berusia 71 tahun itu, malah tidak kurang juga yang mengatakan Jaafar adalah juara sebenar kepada trend tersebut.
Terdahulu, pelantun asal lagu Swipe, Alyph mengajak orang ramai untuk turut sama menyertai trend Swipe challenge dan dia turut menawarkan hadiah jenis Iphone 14 kepada mana-mana individu yang akan dipilih sebagai pemenang kepada cabaran tersebut.
@alyphland Same number new phone ?❤️ #ALYPH #AKUSWIPE #AkuSwipeChallenge #SwipeTrend #DefJamMsia #DefJamSEA ♬ original sound - alyphland
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Beri Bantuan, Sharifah Shahirah Syukur Aman Graseka Kini Berniaga Jellyball - “Saya Dah Block La Sebab Tak Nak…”

gempak
02/09/2024
02:55 MYT
Penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah meluahkan rasa gembira apabila mengetahui pelakon Aman Graseka kini sedang giat berniaga di Kedah.
Hiburan

Oddah Luah Hasrat Nak Jadi Artis, Sharifah Shahirah Tak Halang… Siap Bagi Pesanan - “Kau Kena Kuat, Orang Akan…”

gempak
01/08/2024
02:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio popular Sharifah Shahirah memaklumkan anak perempuannya, Audrra atau lebih dikenali sebagai Oddah meluahkan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang artis.
Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kebaikan Jaafar Onn - “Yang Dikongsi Kepada Orang Ramai, Semua Itu Sayalah Saksi”

gempak
06/04/2024
02:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah Papa J.
Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kerusi Urut Permintaan Terakhir Jaafar Onn - "Tapi Tak Sesuai Untuk Arwah Sebab..."

gempak
03/04/2024
09:17 MYT
Haiza Hanafi mendedahkan kerusi urut merupakan permintaan terakhir selebriti terkenal Allahyarham Jaafar Onn
Hiburan

“Mungkin Arwah Rasa Down Selepas Rohana Jalil Meninggal Dunia” - Salwa Abdul Rahman Kongsi Momen Terakhir Dengan Jaafar Onn

gempak
03/04/2024
08:30 MYT
Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkongsi momen terakhir dengan Allahyarham Jaafar Onn