gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
500 Pelumba Cilik Serikan M8 Langkawi Runbike 2025, Saingan Antarabangsa Makin Sengit
HIBURAN
“Dia Tak Tahu Ke Mummy Dia Pejuang Sabah…” – Anak Tak Mengaku Orang Sabah, Bella Astillah Mahu Bagi ‘Ceramah’
GAYA HIDUP
Dari Runway Ke Ruang Makan, Rico Rinaldi Bawakan Serinity Lengkapkan Dekorasi Rumah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Dari Runway Ke Ruang Makan, Rico Rinaldi Bawakan Serinity Lengkapkan Dekorasi Rumah

Amri Hassan
Amri Hassan
06/07/2025
11:02 MYT
Sponsor Banner
Dari Runway Ke Ruang Makan, Rico Rinaldi Bawakan Serinity Lengkapkan Dekorasi Rumah
Siapa sangka, sebuah meja makan boleh berubah menjadi ruang penuh gaya, emosi dan keindahan? Itulah magis yang dibawa menerusi kolaborasi terkini antara pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi dan jenama hiasan rumah mewah Objet Malaysia, menerusi koleksi terbaharu mereka yang diberi nama Serinity.
Selepas kejayaan koleksi Gempita yang terjual sepantas kilat ketika Ramadan lalu, Serinity hadir sebagai babak baru yang lebih lembut, tenang dan berjiwa syukur.
Jika Gempita adalah pesta, Serinity pula adalah detik diam yang menyentuh hati seperti hembusan angin petang yang membawa pulang memori indah dari dapur nenek.
Terinspirasi daripada motif floral yang klasik namun tidak pernah lapuk, Rico menyuntik naratif segar dalam setiap rekaan bukan sekadar corak, tetapi ada rasa.
“Saya memang minat motif bunga, tapi untuk Serinity, saya tak mahu ia sekadar cantik. Saya mahu bunga-bunga ini bercerita tentang ketenangan, tentang rasa manis hidup dan tentang syukur yang kita jarang sempat raikan,” kata Rico, ketika ditemui di pelancaran eksklusif koleksi ini.
Koleksi ini tampil dalam bentuk set makan mewah Serinity Dining Set (RM259) lengkap dengan satu dinner plate, side plate dan deep plate, dilengkapi pula dengan pilihan alas meja, runner dan placemat yang dijual berasingan untuk mereka yang ingin menambah sentuhan drama di meja makan.
Warna biru pastel yang mendominasi koleksi ini membawa sentuhan romantis yang moden, dengan teknik cetakan berkualiti tinggi menjadikan setiap helaian bagaikan karya seni dalam bentuk pinggan. Sesuai bukan hanya untuk menjamu selera, tetapi untuk mencipta momen.
Apa yang menjadikan koleksi ini lebih eksklusif ialah keputusannya untuk tidak dijual secara dalam talian. Serinity hanya boleh didapati secara fizikal di butik-butik Objet seluruh Malaysia, kerana menurut pihak Objet, pengalaman menyentuh dan melihat perincian rekaan dengan mata sendiri adalah sebahagian daripada kisah Serinity itu sendiri.
Bukan sekadar pinggan dan mangkuk, Serinity adalah tentang menjadikan ruang makan sebagai tempat bercerita. Tentang cinta yang tidak perlu kuat bersuara. Tentang keluarga yang mungkin tidak sempurna, tetapi cukup untuk menyentuh jiwa.
View this post on Instagram
A post shared by Rico Rinaldi (@thericorinaldi)
Sama ada anda penggemar gaya elegan, peminat dekorasi eksklusif atau hanya seseorang yang percaya bahawa keindahan kecil boleh mengubah hari Serinity adalah untuk anda.
Dan mungkin, inilah waktunya untuk mengubah definisi gaya dari apa yang kita pakai, kepada bagaimana kita meraikan detik-detik kecil di rumah sendiri.
Topic Berkaitan
#Gaya Hidup
#Rico Rinaldi
#Objet
#Serenity
#Set Meja Makan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement