,
Laman Utama

[VIDEO] “Hancurnya Hati…” - Reen Rahim Hiba Rumah Ibu Bocor Dibadai Hujan, Pokok Tumbang Kena Ampaian

Izwan Isa
17/11/2022
06:50 MYT
Hujan lebat yang turun pada tengah malam semalam telah menyebabkan paras air naik sehingga sesetengah kawasan yang rendah dilanda banjir kilat.
Tidak kurang ada kawasan perumahan yang turut mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kuat yang membadai.
Hal yang serupa turut dialami oleh pelakon Reen Rahim. Menerusi kemas kini di Instagram, Reen berkongsi keadaan rumah ibu dan bapanya yang rosak akibat hujan lebat.
“Allahuakbar, hancurnya hati. Niat tahun ni memang simpan duit nak renovate rumah umi sebab paling takut jadi macam ni.
“Tapi dah tertulis jadi macam ni… mungkin ini buat aku lagi kerja kuat nak simpan duit untuk buat rumah umi elok-elok, doakan umi abah kuat ok,” tulisnya.
Selain rumah yang bocor, terdapat juga pohon yang tumbang di belakang rumah.
Dalam masa yang sama, Reen berkata, sepatutnya dia membawa ibunya keluar membeli-belah. Namun, niat tersebut terpaksa dibatalkan kerana dia perlu membantu orang tuanya untuk mengemas rumah.
“Patut hari ni Reen bawa dia jalan-jalan shopping, tapi confirmlah balik ni Reen bersilat kemas rumah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ramai dalam kalangan rakan selebriti yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami oleh ibu Reen Rahim.
“Allah. Semoga dipermudahkan Reen,” respons Ika Nabila.
“Reen, kakak tukar cabinet rumah Klang buat yang aluminium. Supaya kena air tak rosak,” cadang pengacara Fiza Sabjahan pula.
Semalam, hujan lebat dan ribut petir membadai sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Berita

Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Insiden Wanita Terjatuh Di Masjid India

gempak
28/08/2024
01:18 MYT
Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus di Jlan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Terkini

Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

gempak
27/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.
Hiburan

“Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

gempak
20/08/2024
03:25 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihatkan pengikutnya agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang menimpa orang lain.