,
Laman Utama

[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga

Mya Amri
28/01/2023
06:53 MYT
Bekas isteri kepada pelawak, Chot iaitu Siti Zafirul Azzah akhirnya menjawab persoalan mengenai status rumah tangga mereka.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Azzah mengucapkan tahniah kepada bekas suami bersempena dengan perkahwinannya bersama kakak kepada seorang penyanyi baru-baru ini.
“Tiada tanda tanya lagi. Persoalan dah terjawab. Dulu bahagia, sekarang tak. Jodohku, Ayash bersama dedi tiada disebabkan team Ira Kazar.
“Beribu ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak langsung tak hiraukan,” coretnya.
Malah dalam hantaran tersebut juga, Azzah turut mengingatkan suaminya agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka.
“Ada anak instant jangan lupa jenguk anak sendiri. Lepas ni nafkah anak jangan lupa pulak,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ruangan komen di hantaran tersebut juga dihujani dengan kata-kata semangat netizen.
“Orang tua tua kata mencipta kebahagiaan atas penderitaan orang lain ni tak lama. Tak apa Allah nak bagi yang lebih untuk kamu, stay strong,” komen seorang netizen.
“Penyondol tak akan kekal lama, tunggu tengok. Doa-doa orang teraniaya akan termakbul,” tulis seorang lagi netizen.
Berikut merupakan video luahan bekas isteri Chot:
Terdahulu, Azzah dan Chot mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmed Sher Hayyaz yang lahir 18 Julai 2019.
Namun pada tahun 2018x pasangan ini diuji selepas anak pertama mereka yang baru berusia sebulan meninggal dunia kerana mengidap penyakit injap jantung terbalik.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.