Laman Utama
[VIDEO] Faizal Azumu All Out Carry Watak, Shalin Zulkifli; "TQ Berkorban Kena Baling Telur, Sporting Habis!"
Jaguh boling negara, Shalin Zulkifli memuji kesungguhan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu beraksi dalam drama terbaharu Ratu Ten Pin 2.
Kata Shalin, biarpun babak baling telur itu satu interpretasi baharu pengarah, Faizal atau lebih popular dengan panggilan Peja memberikan dedikasi terbaik dalam adegan bersama Jasmine Suraya itu.
"Ada yang terkejut tak tengok scene ni? Jazak allahu khairan YBM Dato Sri @faizalazumu sebab sanggup berkorban kena baling telur & protect “shalin”. Sporting sgt!
"Sungguh …saya , sis @sheilarusly_jspictures , abg @jinggo_jspictures tak percaya yang YB Dato Sri nak buat scene ni..saya tanye abg jinggo & sis, eh betul ke? Serious tak percaya.
"Terima kasih Dato Sri sebab banyak kasi kami motivation dan semangat untuk #ratutenpin2shalin. Saya sangat-sangat hargai..masha-Allah..to be apart of my story, so meaningful," tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Berkongsi semula situasi sebenar ketika kekalahan dalam kejohanan boling ketika itu, babak dibaling telur merupakan satu terjemahan baharu dari pengarah drama Ratu Ten Pin 2.
Shalin kalah main boling
"Yea, saya memang tak kena baling telur bila kalah macam ni. Tapi ni interpretasi sis dan abg Jinggo tentang macam mana kami sebagai atlet negara kadang-kadang dijulang setinggi langit bila menang dan dikecam teruk bila kalah.
"Secara jujurnya, tak ade atlet yang pergi sertai kejohanan untuk kalah atau bercuti. Kami tahu tanggungjawab kami kepada negara bila kami sarung jersi Malaysia.
"Segala pengorbanan, kecederaan, penat lelah kami tak semua yang tahu..hanya atlet lain, family dan team terdekat kami sahaja yang tahu. Sebab kami masih bertanding and we cannot show our weakness.
"Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kami akan kalah. Kadang-kadang kami perlu kalah, supaya kami boleh bangkit kembali dan menang," tambahnya.
Klip yang dimuatnaik di beberapa platform media sosial yang memaparkan aksi genting Peja dan Jasmine Suraya sejak semalam itu mendapat reaksi luar jangkaan daripada peminat dan warganet.
Diinspirasikan daripada kisah kehidupan ratu boling negara, Shalin Zulkifli, ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ mengisahkan perjuangan, cabaran dan keperitan yang perlu dilalui oleh Shalin, ahli baharu pasukan boling negara dalam perjalanannya untuk menjadi juara dunia.
‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam mulai 11 Julai 2022 secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
Must-Watch Video