,
Laman Utama

[VIDEO] “Enough Is Enough, I’m Tired… Lepaskan Saya” – Proses Pendamaian Gagal, Puteri Sarah Nekad Cerai

Mya Amri
24/03/2023
06:30 MYT
Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.
Menurut Puteri Sarah, tiada apa lagi yang perlu dibincangkan lagi dan nekad dengan keputusannya yang mahu bercerai.
“Saya tidak mahu berjumpa dan saya tegaskan dekat sini saya masih dengan keputusan saya… Saya nak bercerai tak nak berdamai. Enough is enough, I’m tired. Saya hanya nak minta lepaskan saya sahaja.
“Saya hanya jumpa ustazah, saya ceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z beserta dengan bukti.
“Saya dah penat. Saya penat dengan benda ini, sudah bertahun-tahun. Jadi saya terus cakap saya tidak mahu berdamai. Memang tak akan boleh berdamai, saya tak nak. Saya mahu bercerai,” jelasnya menerusi video di Instagram Hlive.
Dalam sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, Puteri Sarah yang diwakili adiknya, Dr Puteri Sofea menyerahkan perkara itu pada sesi sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 April ini.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Januari lalu.
Berdasarkan dokumen diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, menurut hukum syarak.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Sumber: ">Hlive
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.