gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'
SUKAN
MSN Sahkan Zii Jia Dalam Keadaan Baik, Sedia Hulur Bantuan
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Giliran Siapa Pula Di Kerusi The Five? Tema My FYP Penentu Segalanya, Semak Senarai Lagu Minggu Ketiga
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dikecam Sebab Anak Tak Sengaja Terlangkah Al-Quran, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf - “Kalau Saya Tak Tahu Adab Menjaga Mushaf, Mustahil Baca…”

Mya Amri
Mya Amri
05/07/2025
12:20 MYT
Sponsor Banner
Dikecam Sebab Anak Tak Sengaja Terlangkah Al-Quran, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf - “Kalau Saya Tak Tahu Adab Menjaga Mushaf, Mustahil Baca…”
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil memohon maaf atas insiden anak sulungnya, Rina yang secara tidak sengaja melangkah al-Quran yang diletakkan di atas lantai.

Berlaku secara tak sengaja

Menurut Ryzal, dia tidak menyedari isterinya, Maryam dan Rina datang dari belakang lalu terlanggar Quran tersebut ketika sedang menangis kerana rehal kesayangannya patah.
Dalam keadaan cemas itu, Ryzal secara spontan telah meletakkan Quran di atas sejadah sementara mencari ganti rehal yang lain.

“Ryzal tengok ramai bertengkar dalam ruangan komen posting terbaru ni. Pertama sekali, Ryzal mohon maaf atas kekhilafan dalam video tu.“Semua nampak Ryzal memang tak sengaja letak Quran atas sejadah sebab kelam kabut rehal patah. Tak sedar pula Rina datang dari belakang dan terlanggar.

“Ryzal nampak dan terus angkat balik Quran tu dan tak biarkan atas sejadah,” jelasnya menerusi kenyataan di Instagram.
Tambah Ryzal, tujuan asal memuat naik video itu adalah untuk berkongsi momen kesedihan Rina apabila rehal yang digunakan untuk membaca Al-Quran patah.
Malah dia langsung tidak berniat untuk meremehkan kesucian kitab suci tersebut.
“Tujuan asal Ryzal post video tu kerana Rina menangis rehalnya patah dan tak perasan langsung kesilapan itu.
“Adab dengan Quran, kalau Ryzal tak tahu adab menjaga Mushaf, mustahil Ryzal baca, kongsi dengan anak isteri, dan letak atas rehal.
“Bila terjadinya rehal patah, lagi-lagi rehal kesayangan anak, mestilah rasa bersalah dan kelam kabut.
“Maka tak sengaja saya terletak atas sejadah (bukan lantai) sementara mencari rehal lain. Seandainya itu mengguriskan hati ramai, maafkan insan lemah ini,” tegasnya.
Dalam masa yang sama, Ryzal juga turut menyentuh soal adab sesama manusia dan menyatakan rasa kesal dengan komen-komen yang melampaui batas, termasuklah makian serta tuduhan yang dilemparkan kepadanya seolah-olah sengaja tidak menjaga kesucian Al-Quran.
“Adab dengan manusia, kalau kita melihat kekehilafan orang, tegurlah dengan baik. Tidak perlu makian, kata kesat, tuduh itu ini, seolah saya merendahkan keagungan Mushaf itu.
“Saya bukanlah sempurna, masih banyak perlu belajar. Berilah teguran baik dan bukan cacian,” tulisnya.
Berikut merupakan kenyataan penuh Ryzal:
View this post on Instagram
A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)
Topic Berkaitan
#Mohon Maaf
#Isu
#Maryam
#M
#Ryzal Ibrahim
#Rina
#Al Quran
#Terlangkah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement