gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen

gempak
Mya Amri
06/02/2023
13:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Pelakon, Harris Annuar berkongsi momen lucu apabila isterinya, Asha Merican yang kini hamil mengidam bau simen.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagramnya itu merakamkan Asha sedang mendekati dinding simen di ruang tangga kecemasan dan mengidam untuk menghidu bau dinding.
"Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang, membawa dia pergi kawasan tangga kecemasan. Siapa macam ini juga?" tulisnya.
Dalam video pendek itu juga, Harris sempat mengusik isterinya dengan bertanya apa yang dilakukan Asha.
"Buat apa? Bau simen? Dia sedut juga sikit nafas itu. Puas?" tanya Harris menahan ketawa.
View this post on Instagram
A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)
Ternyata gelagat isterinya itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan komen mencuit.
Tidak kurang juga para ibu yang berkongsi pengalaman mengidam dan memuji Harris kerana sabar melayan karenah isteri kesayangannya itu.
Antara komen yang diterima:
“Saya masa hamil kembar tahun lepas hari-hari nak dengar lagu raya. Alhamdulillah baby kembar girl dah selamat sekarang, nak masuk lapan bulan,”
“Okay lah tu Harris, layankan je orang pembawakan tu. Kakak dulu lagi teruk sukan bau asap kenderaan. Yang lagi best tu siap berhenti tepi jalan untuk bau asap kereta, lori, bas,”
“Saya dulu suruh suami cari rumah baru. Mengidam nak pindah. Lawak bila dibayangkan. Kesianlah suamiku,”
“Bila mula mengandung ni ragamnya pelik-pelik. Saya masa anak pertama suka bau cat. Suka sangat nasib baik dalam rumah ada balance cat dalam tin, waktu suami tak ada, pergi bukak senyap-senyap,”
Untuk info, Harris telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya namun memilih untuk merahsiakan usia kandungan.
Terdahulu, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Mengidam
#Harris Annuar
#Ragam
#Bau Simen
#Ragam Hamil
Must-Watch Video