,
Laman Utama

[VIDEO] Daniel Cheang Teruja Dapat Interview Lee Kwang Soo & Jae Suk Di Korea - "Tapi Situasi Jadi Lucu Bila ...."

Shahrin Zulkifle
23/10/2022
06:00 MYT
Over the moon, crazy!” demikian kata-kata pengacara Daniel Cheang bagi menggambarkan perasaannya yang gembira apabila berpeluang menemu ramah secara langsung barisan pelakon drama bersiri terbaharu Hotstar, The Zone: Survival Mission iaitu Lee Kwang Soo, Kwon Yuri dan Yoo Jae Suk yang diadakan di Korea baru-baru ini.
Menjadi satu-satunya wakil media dari Malaysia, Daniel, 27, menjelaskan peluang tersebut semestinya tidak akan dilepaskan kerana ia boleh menjadi batu loncatan buat dirinya sebagai seorang pengacara baharu dalam industri.
“Bila dapat tahu dapat pergi Korea dan cover drama The Zone: Survival Mission yang ada pelakon sekali di sana, saya rasa macam nak tampar muka sendiri sebab tak percaya.
“Peluang tersebut memang tidak dilepaskan dan ini juga sebagai batu loncatan buat saya terutamanya sebagai seoarang pengacara baru.
“Saya merupakan satu-satunya wakil media dari Malaysia yang memiliki peluang ini, ini adalah tanggungjawab yang besar sebab saya membawa nama Malaysia secara langsung.
“Walaupun saya masih baru dan akui kerdil lagi dalam industri, tapi saya sangat bersyukur, Alhamdulillah itu merupakan rezeki untuk saya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Daniel turut mendedahkan proses temu bual yang berjalan ketika itu sedikit mencabar disebabkan masalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.
Hal ini kerana kesemua pelakon tersebut kurang fasih berbahasa Inggeris. Namun, bagi Daniel, dia menganggap perkara tersebut sebagai satu hal yang lucu.
“Proses temu bual adalah momen yang sangat kelakar, saya sebenarnya dah sediakan banyak soalan dan selit beberapa permainan, maklumlah ini bukan peluang yang selalu dapat, kalau boleh nak tanya semua soalan tapi tak sempat disebabkan masa yang singkat.
“Temu bual menjadi agar sukar kerana mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, jadi di sudut tepi kami ketika itu disediakan seorang pengalih bahasa yang menjadi orang tengah di antara saya dan pelakon.
“Jadi situasinya, saya akan cakap dulu pada pengalih bahasa dan tunggu dia untuk alih kepada bahasa Korea, kemudian sampaikan pula kepada barisan pelakon itu.
“Apabila perlu tunggu pengalih bahasa untuk beri tahu mereka, adakalanya lawak atau momen-momen kelakar menjadi tersangkut disebabkan itu. Kadang-kadang macam awkward tapi kelakar la juga,” tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

gempak
25/10/2024
11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
23/10/2024
16:00 MYT
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.
Hiburan

The Fiery Priest 2 Bakal Tayang Tak Lama Lagi, Ramai Dah Amik Mula Mood - “Confirm Rating Tinggi Nanti”

gempak
18/10/2024
18:55 MYT
Drama Korea yang paling dinantikan, The Fiery Priest musim kedua bakal ditayangkan November depan.
Berita

Rakyat Malaysia Ditahan, Kerja 'Rider' Haram Di Korea Selatan

gempak
10/10/2024
16:00 MYT
Seramai lapan warga negara Malaysia ditahan kerana bekerja secara haram dalam perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan di Korea Selatan ketika negara itu berdepan kekurangan pekerja dalam sektor tersebut.
Gaya Hidup

Nenek 80 Tahun Bersaing Rebut Mahkota Miss Universe Korea

gempak
29/09/2024
13:53 MYT
Lahir kira-kira sedekad sebelum Miss Universe diadakan buat kali pertama pada 1952, Choi Soon-hwa berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.
Unitar