,
Laman Utama

[VIDEO]: "Bukan Salah Dia, Saya Yang Tak Jujur Sejak Awal…” - Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Cerai

Mya Amri
03/10/2022
07:19 MYT
Penyanyi, Bad Indigo akhirnya menjelaskan tentang punca penceraian bersama Ashira.
Menurut Bad, dia tidak mahu lagi ada kata-kata negatif atau pun komen melampau yang menghina bekas isterinya.
“Masih ramai lagi yang sangat tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tiada terbongkar cerita fasal apa kami berpisah.
“Jadi disebabkan itu Ashira tidak habis-habis dicaci, dimaki, dihentam oleh netizen dalam sosial media.
“Ada yang kata tinggalkan laki sebab dah kudung tangan, kaki dan sebagainya. Apa benda semua ni kalau tak tahu pangkal cerita kenapa nak kena sibuk.
“Kami berpisah bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia daripada mula. Saya tak jujur bukan fasal orang ketiga, jangan salah faham.
“Saya tak jujur dengan sakit-sakit yang saya ada yang saya sendiri tak faham. Jadi bila dah bernikah baru saya tahu benda itu.
“Baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi tak adil untuk Ashira sebab tak jujur dengan dia yang saya takut kehilangan dia.
“Saya takut kalau dia tahu saya sakit macam-macam dia tak nak. Itu salah saya sepatutnya saya yakin dan percaya dengan dia.
“Tapi saya sendiri yang jadi selfish masa itu, akhirnya tak menjadi apa pun, last-last kami tetap berpisah juga,” jelasnya.
Bad mendedahkan perkata itu menerusi satu rakaman pendek yang di muat naik di akaun Instagramnya hari ini.
Saksikan penjelasan penuh Bad mengenai hubungan perkahwinannya dengan Ashira di bawah:
Terdahulu, Ashira teruk dikecam netizen gara bergambar dengan seorang lelaki lelaki yang difahamkan sebagai kenalan zaman remajanya.
BACA: Bergambar Dengan ‘Crush’ Zaman Sekolah, Ashira Dapat Mesej Layang Dipanggil B***, -“Minta Maaf Bukan Saya Plan… Kuasa Allah”
Disebabkan itu juga netizen telah menuduh Ashira sebagai wanita kurang baik kerana meninggalkan Bad yang menanggung sakit keseorangan.
BACA: Bad Indigo Jelas Punca Cerai Bukan Sebab Bekas Isteri Tidak Mahu Menjaga Dirinya Yang Sedang Sakit
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.