,
Laman Utama

[VIDEO] Bihzhu Guna Magis ‘Jiwa Perkasa’ Untuk Tawan Hati Orang Malaysia

Shahrin Zulkifle
28/11/2022
11:45 MYT

Selepas berjaya mencipta nama di negara India dan Korea Selatan, kini giliran penyanyi berbakat besar, Bihzhu untuk menawan hati peminat muzik di Malaysia dengan karya terbaharunya berjudul Jiwa Perkasa.

Bihzhu atau sebutan betulnya berbunyi Bee Cho berkata, Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara.

Susulan daripada bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.

Jiwa Perkasa Peristiwa Bencana Banjir

“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bergabung serta bertemu dengan banyak orang tidak mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain.

“Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.

“Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasa,” kongsinya.

Bihzhu Terima Pengiktirafan

Selain Jiwa Perkasa, Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering dan Alive yang dihasilkan pada 2021 sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia.

Menerusi karya-karya yang dihasilkan, Bihzhu telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.

Jelas Bihzhu, I Am Enough juga telah memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.

Dalam pada itu, karya berjudul Chendering yang dihasilkan sekitar 2021 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.

Mari kita raikan kehadiran Bihzhu, wanita yang dilabelkan oleh ramai penggemar bukan sekadar nyanyiannya tetapi seseorang yang suka bercerita melalui karyanya.

Jiwa Perkasa kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, Jukes dan muzik video pula boleh ditonton di YouTube rasmi Bihzhu atau klik di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.