Video
Video: Berang Dengan Sikap Pengurus Pasukan, Pengadil Tunjuk Pistol Di Atas Padang
Kuasa dunia sukan Bola Sepak, Brazil cukup dikenali dengan permainan popular samba yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaan walaupun sering dicemari dengan insiden-insiden ngeri akibat tindakan penyokong fanatik mereka.
Terbaru pada pagi Selasa yang lalu, dunia bola sepak dikejutkan dengan kejadian seorang pengadil bertindak mengeluarkan pistol selepas bertengkar dengan salah seorang pengurus pasukan dalam liga amatur tempatan.
Dipetik menerusi The Mirror, pengadil Gabriel Murta dikatakan telah ditendang dan ditampar oleh para pemain pasukan pelawat, Amantes De Bola sementara pengurus pasukan tersebut mendesak supaya kad merah dikenakan kepada salah seorang pemain pasukan tuan rumah, Brumadinho.
Menurut pihak polis, akibat daripada tindakan tersebut Murta bergegas ke bilik persalinan dan kembali dengan sepucuk pistol dan mengacukan kepada pengurus pasukan Amantes De Bola.
Walau bagaimanapun, tindakan Murta itu dihalang oleh pembantu pengadil yang cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus.
Dalam pada itu, Pengarah Pengadil Bola Sepak Brazil, Giuliano Bazzano menjelaskan Gabriel Murta akan menjalani ujian psikologi dan boleh digugurkan atau digantung seumur hidup jika didapati bersalah.
“Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Minais Gerais telah pun mengeluarkan tuntutan saman dan saya akan sendiri akan bertemu Murta untuk membincangkan perkara yang berlaku.
“Menerusi perbincangan dengan Murta dan keputusan ujian psikologi, saya akan tentukan keputusan muktamad.
“Apa yang terjadi jelas sekali bukan sesuatu perkara yang sering berlaku dan saya tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat kenyataan atau keputusan,” jelas Bozzano kepada The Mirror.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: The Mirror, Yahoo! Sports
Must-Watch Video