,
Laman Utama

[VIDEO] Baru Nikah 3 Bulan, Isteri Sedih Suami Meninggal 3 Minggu Sebelum Majlis Bersanding

Shahrin Zulkifle
10/11/2022
12:00 MYT
Tular sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Mai meluahkan rasa sedih apabila suami yang baru dinikahi, Muhd Harith telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya di Perling Johor, 6 November lalu.
Difahamkan pasangan tersebut baharu sahaja bergelar suami isteri pada 13 Ogos lalu dan merancang untuk mengadakan resepsi persandingan pada 27 November depan. Malah segala persiapan perkahwinan telah pun disediakan.
Menurut seorang saksi, dia yang melihat kejadian berlaku didepan matanya berkata, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian biarpun cuba disedarkan beberapa kali oleh isterinya.
“Kejadian berlaku depan mata, mangsa tercampak. Saya pergi kepada pasangan itu, isteri mangsa ketika itu kejut suami dia ‘baby bangun baby’.
“Luluh sangat hati bila tengok, isterinya sampai goncang badan suami dia nak suruh bangun,” katanya.
@ayusoyyy Salam takziah pada adek yg baru kehilangan suami dia malam minggu haritu , exident di jalan nak ke bandar dari putri habour. Apa apa pun hargai pasangan masing masing dan jadikan iktibar ? #fypシ゚viral #exident #hargaipasanganmuselagimasihada #sygpasangan #fypdongggggggg #fyp ♬ bunyi asal - Ayusoyyy
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram, Mai turut berkongsi potongan video memaparkan keadaan dirinya yang lemah sambil menangis teresak-esak selepas insiden tersebut berlaku.
Sementara itu, di ruangan balas Mai, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.
Wargamaya turut menitipkan doa buat mangsa dan berharap Mai kuat mengharungi ujian itu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.