,
Laman Utama

[VIDEO] Bangga Malaysia! Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa

Syafiqah Jalal
01/09/2022
10:10 MYT
Bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa yang terletak di Dubai dihiasi dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan disambut semalam.
Video berdurasi 49 saat itu dikongsikan menerusi Facebook Burj Khalifa bersama ucapan Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia.
“Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kemakmuran serta kebahagiaan rakyat Malaysia,” katanya pada hantaran tersebut.
Susulan itu, rakyat Malaysia termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein turut meninggalkan komen penghargaan kepada Burj Khalifa.
“Terima kasih Dubai,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video