,
Laman Utama

[VIDEO] Arab Saudi Banjir! Ragut Nyawa, Airport Tutup & Kereta Dibawa Arus

Maliah Surip
25/11/2022
01:39 MYT
Hujan lebat yang turun di Jeddah menyebabkan banjir melanda kawasan Barat Arab Saudi itu sehingga melumpuhkan aktiviti harian rakyat negara tersebut, semalam.
Menerusi laporan Middle East Eye, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan menerusi Twitter bencana itu meragut dua nyawa dan meminta penduduk kekal di rumah kecuali mempunyai urusan penting.
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ditutup dan ratusan kereta hanyut dibawa arus.
Tidak hanya itu, sesi persekolahan juga ditangguh apabila sekolah ditutup dan jalan di Mekah ditutup untuk keselamatan.
Potongan video yang tersebar di media sosial menunjukkan suasana tegang antaranya banjir deras merosakkan kenderaan dan kediaman. Jabatan Meteorologi Arab Saudi melaporkan hujan yang turun antara pukul 8 pagi hingga 2 petang waktu tempatan itu adalah lebih buruk dari bencana yang berlaku pada tahun 2009 silam.
Pihak berkuasa juga menasihatkan penduduk kekal di rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti memandangkan cuaca masih membimbangkan.
Jeddah saat ini dianggarkan memiliki lebih empat juta penduduk dengan berjuta umat Islam dari seluruh dunia datang mengerjakan umrah dan menunaikan Haji pada setiap tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!