,
Laman Utama

[VIDEO] Anupam Kher Dedah Mahima Chaudhry Hidap Kanser - "Botak Itu Cantik"

Amri Hassan
19/06/2022
01:45 MYT
Bintang popular Bollywood, Mahima Chaudhry mendedahkan dirinya kini sudah empat bulan bebas dari kanser payudara.
Dalam temubual bersama The Times of India, Mahima memberitahu dia tidak menerima rawatan di Amerika Syarikat sebaliknya hanya di Mumbai, India.
Malah, Mahima mendedahkan anak perempuannya, Ariana enggan ke sekolah secara fizikal sepanjang tempoh pemulihannya dari kanser selama dua bulan kerana bimbang berdepan risiko jangkitan COVID-19 ketika keadaan ibunya itu masih lemah.
Ariana bagaimanapun tetap menghadiri kelas secara maya setiap hari.
Terdahulu, pelakon Anupam Kher telah berkongsi keadaan terkini Mahima dan turut menggelarkan bintang filem Pardes itu sebagai adiwira.
"Saya menghubungi Mahima sebulan lalu dari Amerika Syarikat untuk memberikannya watak untuk filem ke 525 saya berjudul The Signature.
"Perbualan kami bertukar kepada berita tentang kanser payudaranya. Sikapnya yang sangat luar biasa memberikan makna dan harapan kepada wanita seluruh dunia.
"Kamulah hero saya! Kini dia sudah sedia untukkembali dan terbang lebih tinggi," tulis Anupam berserta sepotong video keadaan Mahima yang berambut pendek.
Tidak luntur semangat biarpun berdepan penyakit kanser, Mahima turut berkongsi kisahnya di Instagram.
"Botak itu cantik. Ya. Tapi ramai yang mahu memakai rambut palsu silakan, pakailah. Carilah yang sesuai dan sepadan dengan kamu.
"Ramai yang bertemu dengan saya tidak perasan bahawa saya menyarung rambut palsu. Tak kisah pun.
"Saya ada ramai kawan yang punyai masalah alopecia dan rambut rosak yang bertanyakan mana nak cari rambut palsu.
"Anupam berikan saya keyakinan untuk membawa imej botak dan sama juga seperti kalian," tulis Mahima.
Mahima mula menceburkan diri dalam bidang seni menerusi filem Pardes (1997) dan beberapa filem pecah panggung seperti Daag, Dhadkan, Kurukshetra, Dil Hai Tumhara dan kali terakhir muncul dalam filem thriller Dark Chocolate.
Sumber: Times of India, IG Anupam Kher, IG Mahima Chaudhry
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.