,
Laman Utama

[VIDE0]Qodrat Kutip RM1.1 Juta Dalam Masa 5 Hari! Ini Trailer Yang Buat Korang Tak Tidur Malam!

Syafiqah Jalal
29/11/2022
06:47 MYT
Dah ramai kena ruqyah? Filem aksi seram, Qodrat telah berjaya mengutip RM1.1 juta jualan tiket dalam masa lima hari.
Filem hebat dari Indonesia yang diarahkan oleh Charles Gozali itu telah menggegarkan diseluruh pawagam Malaysia sejak 24 November lalu.
Qodrat menyaksikan sebuah naskah hebat yang dibintangi oleh pelakon ternama Indonesia seperti Randy Pangalila, Vino G. Bastian dan Marsha Timothy.
Filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd., Magma Films & Rapi Studios ini mengisahkan tentang seorang Ustaz Qodrat yang berpuluh tahun menggunakan ilmu ruqyah untuk menolong orang namun gagal meruqyah anaknya sendiri, Alif Al-Fatanah yang dirasuki syaitan bernama Assuala.
Mencari jawapan atas kegundahannya, Qodrat pulang ke tempatnya menuntut ilmu. Namun, tempat itu sudah tidak seperti dulu kerana gangguan-gangguan yang tidak dapat dijelaskan.
Ketika situasi semakin tegang, Qodrat harus berhadapan dengan traumanya ketika meruqyah Alif Amri iaitu anak bongsu kepada Yasmin, kerana nama anak tersebut sama dengan arwah anaknya.
Di tengah ujian yang meruntuhkan jiwa, Qodrat kembali menghadapi amukan Assuala. Kali ini, Qodrat harus memilih antara menuruti kemarahannya atau kembali menemukan keimanannya.
Jadi tunggu apa lagi, saksikan Qodrat yang berada di selurh pawagam Malaysia sejak 24 November lalu!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.