gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Gempak
Gempak
05/04/2025
00:20 MYT
Sponsor Banner
Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru,Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 malam Jumaat.

Berita pemergian Allahyarham Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.

Ayob berkata, dia mendapat panggilan kira-kira jam 11.15 malam memberitahu arwah sudah meninggal dunia.

"Saya diberitahu arwah singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru selepas membawa Grab untuk berehat sekejap.

"Sudah menjadi kebiasaan, arwah akan singgah ke Kampung Baru, walaupun tinggal di Cheras.

"Bagaimanapun, arwah sudah tidak bergerak ketika rakan cuba mengejutkannya. Jenazah arwah kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat," katanya.

Mengulas punca kematian, Ayob berkata, dia tidak pasti, namun keluarga meminta menunggu keputusan proses bedah siasat, pagi ini.

Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino.

Mereka pada asalnya menggunakan nama Nico atau Network International Chicanos Organization dan dikenali menerusi lagu Inilah Nasibku pada 1993.

Bermula dengan album Buatan Los Angeles, trio itu juga pernah tampil bersama Realiti pada 1995 dan Alamak! (1996).

Nico pernah kembali pada 2003 menerusi Ops Kecoh bersama ahli baharu, Ezad.

Selepas sekian lama menyepi, Nico muncul semula dengan barisan anggota asal bersama nama baharu, Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan mereka.

Sumber: Berita Harian

Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#GV8
#Nico
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement