,
Laman Utama

Vida Nak Kahwin Dengan Iqbal, Ini Reaksi Cik B!

Amri Hassan
09/09/2021
02:25 MYT
"Pura-pura terkejut dan tak tahu," demikian reaksi ringkas anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B.
Menciap perkara terbabit di Twitternya pada Rabu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, turut mengulang kicau entri seorang pengguna di platform berkenaan.
Tulis individu terbabit 'harap Cik B takda sosial media' secara sarkastik merujuk kepada kenyataan Vida kepada media tempatan baru-baru ini.
Dalam kenyataan tersebut, Vida memaklumkan dia masih belum berani untuk memberitahu anak sulungnya itu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Justeru, Vida mahu khabar gembira itu diketahui Cik B menerusi laporan media, bukan dari mulutnya sendiri.
Respon Cik B itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan telatah anak beranak itu.
"Cik B bagi ke mama kahwin lagi. Kalau anak auntie tak bagi," ciap pemilik akaun @Hanita2662Blues.
"Tanya mama betul ker mama cakap macam tu (nak kahwin)," tambah @nurshizukaa.
Kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat.
Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar