,
Berita

Victoria Beckham Setuju Sertai Konsert Reunion Bersama Spice Girls Untuk Selamatkan Perniagaan

Rozaimi Zubaidi
03/02/2018
02:34 MYT
Isteri kepada pemain bola sepak David Beckham, Victoria Beckham, dilaporkan setuju untuk kembali bersatu semula bersama kumpulan pop Britain Spice Girls selepas perniagaannya mengalami kerugian.
Menurut laporan Tmz.com, Victoria telah mengalami kerugian hampir RM46 juta dalam perniagaan fesyennya pada tahun lalu.
"Victoria telah bersetuju untuk bersama Spice Girl dalam sebuah konsert reunion yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Persetujuan itu dilakukan selepas Victoria dilaporkan mengalami kerugian dalam perniagaannya.
"Namun Victoria meletakkan syarat bahawa dia tidak mahu menyumbangkan suaranya dalam nyanyian solo ketika mengadakan persembahan," kata sumber.
Tambah sumber, untuk projek kali ini, lima anggota Spice Girls iaitu Emma Bunton, Geri Horner, Melanie Brown, Melanie Chisolm dan Victoria Beckham, akan dibayar hampir RM55 juta setiap seorang.
Sebelum ini Spice Girls pernah menerbitkan tiga buah album dengan jualan melebihi 80 juta unit di seluruh dunia dan kali terakhir kemunculan mereka bersama pada tahun 2012.
Artikel: Tmz.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50

gempak
22/04/2024
14:55 MYT
Pesohor Hollywood, Victoria Beckham menyambut ulang tahun ke-50 pada 17 April 2024.
Laman Utama

Victoria Beckham Menyesal Besarkan Payudara, Takut Anak Perempuan Tahu

gempak
19/12/2023
14:55 MYT
Kenapa menyesal?
Laman Utama

Takut Suami Terkejut, Victoria Beckham Tak Beri Lihat Wajah Tanpa Solekan

gempak
07/09/2023
14:37 MYT
Pasangan Victoria dan David Beckham sudah berkahwin lebih 20 tahun.
Laman Utama

#Foodieslife: Ada Yang Makan Menu Sama Selama 25 Tahun, Ada Yang Hanya Minum Jus Sahaja, Ini Diet Ekstrem Selebriti Hollywood

gempak
24/10/2022
12:50 MYT
Pelik juga diet-diet selebriti Hollywood
Laman Utama

Victoria Beckham &  Menantu Kaya Tak Ngam

gempak
09/08/2022
14:25 MYT
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.