,
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

Amri Hassan
04/09/2024
17:58 MYT
Kumpulan One Avenue Band (OAB) mula mencipta nama menerusi lagu Kisah Antara Kita yang dilancarkan pada 2018. Sejak itu, nama OAB kian meniti di bibir peminat.
Dengan semangat yang penuh dedikasi, OAB terus menyentuh dan menggerakkan jiwa banyak pihak, membuktikan bahawa kesuksesan mereka bukanlah kebetulan semata, tetapi hasil daripada usaha gigih dan ketekunan yang ditanam dalam setiap rentak dan lirik yang mereka hasilkan.
Terus menebarkan kekuatan positif melalui melodi yang meresap ke dalam jiwa setiap pendengar, OAB sebuah band muzik yang tidak pernah pudar dalam kalangan peminat industri muzik tempatan.
Kumpulan yang bermula sebagai pemuzik jalanan (buskers) selama lima tahun di Pasar Karat JB, Johor Bahru itu terus berusaha untuk memperkukuh identiti dan warisan mereka, mencorakkan landskap muzik tempatan dengan ciri khas yang hanya milik mereka, menjadikan mereka sebagai ikon ulung yang sentiasa memberikan inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang.
Selepas muncul dengan beberapa single, OAB yang dianggotai Reyhan (penyanyi), Shana (penyanyi), Apit (bass), Madey Vai (gitar & keyboard) dan Kimy (dram) mempertaruhkan single terbaharu mereka berjudul Jangan Pergi.

BERITA TRENDING: Pucuk Muda Ajak Dating & Kahwin, Maria Farida Masih Setia Bersama Suami - “Apa Ditawarkan Tak Sama Apa Suami Berikan”

Jangan Pergi tentang pasangan tak setia

Mewakili OAB, Reyhan, 28, berkata, Jangan Pergi adalah lagu bergenre Pop Balada yang dihasilkan sepenuhnya oleh komposer Mekiya atau lebih kenal sebagai Angah Projector Band.
“Lagu ini menceritakan mengenai pasangan yang setia bersama dan tak sanggup ditinggalkan. Senang cerita, nak hidup bersama selama-lamanya. Pada masa sama, jangan ada niat untuk meninggalkan.
“Menerusi lagu ini memaparkan bagaimana hubungan itu dipenuhi dengan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam, menunjukkan bahawa keberadaan satu sama lain menjadi penyeimbang yang sempurna dalam kehidupan.
"Kesetiaan yang mereka tunjukkan tidak hanya terlihat dari kata-kata, tetapi juga dari tindakan nyata yang mereka lakukan setiap hari untuk saling mendukung dan menguatkan.
“Dalam erti kata lain, lagu ini ingin menjelaskan yang mana kebersamaan dan kesetiaan adalah kunci utama dalam merajut kisah cinta yang kekal dan tak tergantikan,” katanya.

Vibes galau

Berkongsi lanjut, Reyhan berkata, perbezaan ketara single terbaharu mereka dengan yang terdahulu adalah dari segi penciptaannya.
“Angah dikenali kerana lagunya yang begitu menyentuh dan mampu meruntun perasaan pendengar hingga mereka terhanyut dalam lautan emosi yang dalam. Lagu ini tidak hanya menjadikan mereka terbuai tetapi juga mengalirkan air mata. Melodi yang disusun dengan penuh kemasan menjadikan setiap nada berpadu secara harmoni, membiarkan kesan mendayu-dayu lagu itu memancar dengan indahnya.
“Keunikan lagu ini dapat dicetuskan oleh keseimbangan antara lirik yang menyentuh hati dan melodi yang meresap ke dalam jiwa. Kecantikan lagu ini terletak pada cara Angah mampu menyampaikan 'vibes' galau yang sejuk di tengah-tengah populariti tema itu dalam kalangan generasi muda.
“Kebolehan Angah dalam mencipta lagu ini begitu luar biasa sehingga memberikan impak yang positif kepada pendengar, membuat mereka terus terpaku dan terkesima dengan kehebatan karya seni itu,” katanya.
Dalam pada itu, Reyhan menyifatkan OAB masih lagi berusaha menghasilkan karya yang baik untuk semua pendengar dan peminat.
“Kami juga berusaha untuk menempah lebih banyak nama dan besarkan lagi nama kami dalam industri muzik di Malaysia. Sejauh mana itu tidak dapat nak digambarkan, tapi selagi mampu kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan karya kami sejauh yang mungkin.
“Kami juga menerima banyak jemputan seperti persembahan makan malam, majlis kahwin, festival dan lain-lain. Mungkin dari segi ini juga boleh menjadikan OAB bertahan dalam industri muzik Malaysia.
“Insya-Allah, perancangan akan datang kami nak buat konsert besar OAB dan juga berkolabrasi bersama artis tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi. Jika diberi peluang, kami akan lakukan sehingga berjaya,” katanya.

BERITA TRENDING: Selepas 13 Tahun, Lelaki Jepun Ini Tetap Setia Cari Isteri Yang Hilang Semasa Tsunami - “Saya Sentiasa Fikir Dia Mungkin Berada Di Kawasan…”

BERITA TRENDING: Kekasih Dikutuk Gempal & Tak Cantik, Pemain Bola Bernilai RM562 Juta, Declan Rice Tetap Setia

BERITA TRENDING: “Sepanjang Perkahwinan Saya Tak Ada Orang Lain,” - Raf Yaakob Mengaku Video Jumpa Pengganti Hanya Gimik

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.