,
Laman Utama

Variasi Rancangan Seluruh Asia, Ini 5 Drama Wajib Tonton Di Saluran Baharu TVB Magic!

Amri Hassan
20/06/2023
11:43 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, Astro dan rakan kerjasama, TVBI mengumumkan saluran baharu yang komprehensif iaitu TVB Magic (Saluran 124) bermula jam 6.30 petang, 19 Jun 2023, tersedia untuk semua pelanggan.
TVB Magic (Saluran 124) akan membawa pelbagai kandungan Asia seperti drama dan rancangan variasi dari seluruh Asia termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand untuk tontonan pelangggan. Saluran ini juga dapat dinikmati menerusi Astro GO, On Demand dan NJOI.
Dari kisah klasik hebat TVB termasuk sitkom Off Pedder, siri drama unggul Forensic Heroes dan The Exorcist’s Meter, para penonton turut boleh menantikan tayangan perdana Malaysia untuk drama cinta Korea, Love Twists yang dibintangi Su Lee dan Park Heo-roo dengan siaran episod baharu setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Para penonton boleh menonton drama remaja Thailand, The Giver dan nikmati dua episod berturut-turut di hujung minggu untuk drama keluarga Jepun, The Old Dog, New Tricks?.

Love Twist

Drama Korea ini mengisahkan tiga buah keluarga yang bertembung dalam percintaan dan pendustaan yang berpaksikan kepentingan membuat keputusan berdasarkan cinta, bukan kebencian.
Pelakon: Hahm Eun-jung, Kim Jin-yeop, Son Seong-yoon Bermula 19 Jun 2023, Setiap hari Isnin- Jumaat, 7:30pm
*Sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tersedia.

The Giver

Siri Thai ini mengisahkan seorang jejaka muda bernama Tailah yang kehilangan ibubapanya dan menghadapi penganiayaan oleh Hiran. Tatkala Tailah bangkit, semakin itu dia menyemat rasa dendam.
Pelakon: Thanapob Leeratanakachorn (Tor Thanapob), Nattaya Thongsaen (Plengkwan Nattaya), Norraphat Vilaiphan (Bright / Brightnorr) Bermula 19 Jun 2023, setiap hari Isnin-Jumaat, 9pm
*Sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tersedia.

Forensic

Siri klasik TVB ini memaparkan gandingan pelakon baharu berpaksikan sebuah pasukan penyiasatan hebat yang terdiri daripada ahli kimia, ahli forensik dan anggota inspektor CID.
Pelakon: Raymond Wong, Selena Lee, Shaun Tam Bermula 22 Jun 202, setiap hari Khamis-Jumaat, 9pm
*Sari kata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tersedia.

The Exorcist's Meter

Kenneth Ma dan Mandy Wong membintangi komedi ngeri ini yang mengisahkan seorang pemandu teksi yang bertugas pada waktu malam yang tiba-tiba membebaskan roh lantas memberikannya kuasa luar biasa!
Pelakon: Kenneth Ma, Mandy Wong, Hubert Wu Bermula 24 Jun 2023, setiap hari Sabtu-Ahad, 7pm
*Sari kata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tersedia.

The Old Dog, New Tricks?

Oleh kerana kecederaan lampau yang memaksanya untuk bersara, bekas pemain bola sepak profesional menyertai sebuah syarikat sukan dan memegang peranan sebagai seorang pengurus atlit. Dengan peranan baharunya, dia menemui dirinya kembali.
Pelakon: Ayano Gō, Kyoko Yoshine, Taishi Nakagawa Bermula 24 Jun 2023, setiap hari Sabtu, 9pm
*Sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tersedia.
Selain itu, para penonton boleh kekal terhubung dengan dunia hiburan Hong Kong menerusi liputan berita hiburan, rancangan variasi hebat dan program berita mutakhir.
Astro terus menguatkan tawaran kandungan dengan lebih lagi pilihan, nilai hebat dan fleksibiliti. Hubungan kerjasama yang lama bersama TVBI senantiasa melakar kejayaan baharu dalam industri dan pengenalan TVB Magic (Saluran 124) sekali lagi menguatkan komitmen mereka untuk mengeluarkan kandungan yang hebat kepada penonton tempatan.
Para pelanggan kini bleh menikmati keseluruhan kandungan TVB di platform Astro dengan TVB Magic (Saluran 124) yang bakal bersama saluran-saluran TVB yang lain.
Dengan memberi tumpuan terhadap hiburan, Astro dan TVBI akan berusaha memberikan kandungan istimewa yang tidak dapat dilupakan kepada para penonton di seluruh negara, membuatkan TVB Magic (Saluran 124) sebagai destinasi utama untuk hiburan Asia terbaik di kalangan keluarga.
Para pelanggan boleh bersedia untuk mengalami pengalaman yang mengasyikkan dengan “JOM! Layan TVB Magic!”. Menerusi TVB Magic (Saluran 124), pelanggan Astro kini boleh menikmati pelbagai jenis genre rancangan tidak kira masa, khusus untuk penonton Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur, disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Untuk maklumat lanjut, layari support.astro.com.my.
TVB Magic (Saluran 124) kini tersedia menerusi Pek Primary Astro. Hanya RM2 sehari*, Pek Primary Astro kini menawarkan lebih 80 saluran dengan semua rancangan tempatan dan antarabangsa kegemaran anda. Puaskan keinginan drama anda dengan saluran TVB Magic – Astro, destinasi drama Asia dari Hong Kong, Thailand, Jepun, China dan lain lagi.
Untuk mereka yang mencari pelan WiFi yang mempunyai pelbagai kandungan menarik, anda boleh melanggani Pek Primary kami bersama Astro Fibre dengan tambahan Liga Malaysia hanya pada RM149.99 sebulan*.
Dengan pek ini, anda boleh menikmati Internet kelajuan tinggi dan akses ke perlawanan-perlawanan bola sepak selain daripada kesenangan dan nilai gabungan hiburan semua dalam satu.
WhatsApp “Get Astro” ke 03-9543 3838 atau layari www.astro.com.my untuk maklumat lanjut. *Takluk pada Terma & Syarat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Artis

Pelakon Korea Selatan Dipenjara Setahun Atas Kesalahan Dadah

gempak
03/09/2024
17:55 MYT
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
Berita

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

gempak
02/09/2024
04:15 MYT
Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam.