,
Laman Utama

Vanessa Hudgens Boleh Nampak Hantu, Akui Ia Satu Anugerah

Izwan Isa
08/04/2022
14:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Vanessa Hudgens mengakui pernah terserempak dengan hantu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Aktres yang popular menerusi filem muzikal High School Musical itu berkata, dia terpaksa menerima hakikat yang dia sering mendengar serta melihat hal-hal ghaib.
“Saya menerima hakikat yang saya sering lihat dan dengar sesuatu. Memang hal-hal ghaib ini menakutkan, tetapi bagi saya, ia merupakan satu anugerah, satu kebolehan. Jadi, saya cenderung ke arah itu,” katanya.
Vanessa bercerita mengenai kebolehan uniknya menerusi program bual bicara The Kelly Clarkson Show.
Dalam pada itu, Vanessa turut berkongsi kisah awal ketika dia mula-mula mengalami situasi paranormal sewaktu dia masih kecil.
“Saya masih ingat ketika hendak bersiap-siap ke sekolah, waktu berusia lapan. Di sekitar saya ada satu mainan berbentuk itik yang mempunyai tali.
“Ketika saya berjalan, permainan itu turut berjalan mengikuti saya,” katanya.
Bekas bintang Disney Channel itu mendedahkan yang dia juga turut melakukan aktiviti penyiasatan paranormal pertamanya baru-baru ini sambil memberitahu alat kegemarannya adalah ’kotak roh’ yang menganalisa frekuensi radio dengan cepat.
“Ada sesuatu tentang aliran elektrik yang membolehkan roh berkomunikasi melaluinya.
Mengimbau kembali pada Mac 2011, Vanessa pernah memberitahu majalah People yang dia didatangi roh ketika dia sedang menjalani penggambaran filem Journey: The Mysterious Island di North Carolina.
“North Wilmington merupakan salah satu tempat tertua, dan keras di Amerika Utara.
“Saya mengejar hantu itu sekitar 10 minit dan saya rasa seram sejuk lalu meninggalkan lokasi berkenaan. Saya rasa hantu itu kehilangan suaminya ketika peperangan dan dia menanti suami untuk kembali kepadanya. Saya dapat agak, ia tentu itu roh seorang wanita,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Viral

Tendang ‘Hantu’ Sampai Patah Rahang, Lelaki Hebat Karate Kalah Saman Taman Tema

gempak
22/08/2024
00:50 MYT
Seorang lelaki yang mempunyai kemahiran dalam seni bela diri karate kalah terhadap samannya kepada sebuah taman tema di Kyoto, Jepun selepas gagal memberikan bukti kukuh terhadap tindakan yang dibuat pada tahun 2011 silam.
Berita

'Hantu' Murung Menakutkan Pengguna Jalanraya Dicekup Polis

gempak
19/08/2024
06:00 MYT
Kerisauan pengguna dengan wujudnya 'hantu' di laluan Jalan Austin Height Utama dekat Johor Bahru berakhir apabila jelmaan 'hantu' yang menakutkan pengguna dilaluan itu akhirnya dicekup polis.
Viral

Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat

gempak
28/06/2024
23:55 MYT
Seorang wanita berkongsi pengalaman seram apabila suaminya dirasuk semasa dalam perjalanan untuk pergi berubat kerana demam.