,
Laman Utama

Vanesha Prescilla Dedah Tentang 'Diri Sebenar' Kakaknya!

Asraf Aided
21/01/2022
23:31 MYT
Pelakon Indonesia yang sedang meningkat naik, Vanesha Prescilla mendedahkan tentang perwatakan sebenar kakaknya, Sissy Priscillia yang turut membintangi filem sama iaitu Backstage.
Menurut Vanesha, Sissy agak berbeza di luar kamera, namun tetap menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai seorang kakak.
"Kalau kita lihat, kakak saya amat penyabar dalam filem ini, susah nak cakap tidak dan mudah akur dengan apa yang terjadi. Tapi kalau di luar, perwatakannya agak berbeza.
"Bagaimanapun secara keseluruhannya, dia seorang kakak yang sangat bertanggungjawab," katanya.
Vanesha berkata demikian dalam sesi virtual bersama bintang filem Backstage yang diadakan bersama pihak media di Malaysia pada Rabu.
Dalam pada itu, Sissy pula mengatakan dirinya dalam kehidupan sebenar lebih tegas dan realistik.
"Ya dalam Backstage memang watak saya lembut, tapi kalau di luar atau dalam kehidupan relitinya, seorang Sissy itu sangat realistik," tambahnya.
Selain Sissy dan Vanesha, Backstage turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.
Filem ini diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kerjasama dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia.
Nak tahu lebih tentang apa yang berlaku dalam filem Backstage? Jangan lupa saksikannya di pawagam berdekatan anda! Ia sudah mula ditayangkan di seluruh negara bermula semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.