HIBURAN
Ustaz, Ustazah Tergamam Dengar Mimi Fly Baca Al-Quran, Netizen Puji - “Pandai Mengaji, Merdu Suaranya”
Penyanyi, Mimi Fly menjadi perhatian netizen selepas mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.
Manis berhijab, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, tampil dengan membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.
Malah bacaan Mimi juga membuatkan panel-panel dalam program tersebut tercengang dan memuji bacaannya.
“Ustaz ustazah pun tergamam dengar alunan bacaan daripada @mimiflyyy. Masya-Allah tak sangka selain mempunyai suara yang lunak menyanyi, mengaji pun hebat! Syahdu je suaranya,” maklum hantaran Instagram Tazkirah Malam Jumaat.
Sementara itu di ruangan komen rata-rata netizen memuji Mimi dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Antara komen yang diterima adalah:
Terdahulu, Mimi sebelum ini pernah dikecam netizen kerana penampilan ala berkemban dalam video muzik lagu rayanya yang berjudul Serumpun.
Must-Watch Video