,
Laman Utama

Ustaz Kazim, Dusuki Antara 16 Individu Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang

Gempak
04/11/2022
23:52 MYT
Seramai 16 individu termasuk pendakwah bebas popular, Datuk Mohd. Kazim Elias tidak memiliki tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Individu lain ialah Ahmad Dusuki Abdul Rani, Shaharudin Ibrahim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subri dan Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Selain mereka, Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan, Halim Hassan dan Dr. Abdullah Yassin turut tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP.
Sehubungan itu, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, pihak penganjur dilarang daripada menjemput 16 individu tersebut untuk menyampaikan ceramah kerana ketiadaan tauliah mengajar MAINPP.
“Pihak pentadbiran MAINPP telah menerima aduan daripada orang awam dan telah mendapati bahawa 16 individu ini tidak memiliki tauliah mengajar.
“Pihak penganjur dilarang daripada menjemput senarai 16 individu tersebut untuk menyampaikan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ahmad Zakiyudin, mana-mana pihak yang gagal mematuhi perkara itu boleh dikenakan hukuman penjara atau denda mengikut undang-undang sedia ada.
“Implikasinya akan dikenakan kepada kedua-dua pihak iaitu terhadap penceramah dan penganjur di mana kedua-duanya akan dikenakan tindakan yang mana, penceramah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Ini kerana, mereka telah melanggar Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang (EKJSNPP) 1996 iaitu mengajar agama tanpa tauliah dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang (EPAINPP) 2004 kerana mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang Islam tanpa tauliah,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, bagi penganjur pula, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali kerana melanggar Seksyen 43(penyubahatan) yang dibaca bersama Seksyen 11 EKJSNPP 1996 iaitu bersubahat menganjurkan program melibatkan penceramah tanpa tauliah.
“Ia bertujuan memastikan penceramah yang selayaknya menyampaikan ilmu-ilmu yang bertujuan menyatu padukan dan tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan dan perselisihan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian sesama jemaah masjid dan ahli kariah,” tambahnya.
Sumber: KOSMO! ONLINE, Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

Tauliah Mengajar Di Selangor Ditarik Balik, Ustaz Don Ada 14 Hari Buat Rayuan

gempak
13/08/2024
20:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajiddi diberikan tempoh 14 hari untuk merayu selepas tauliah mengajar ditarik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Hiburan

Imuda Kini Bergelar Datuk, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Pengiktirafan Kepada Anak Seni

gempak
30/07/2024
23:50 MYT
Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis popular tanah air, Imuda menganggap penganugerahan yang diterima beliau sebagai pengiktirafan kepada semua anak seni di Malaysia.