,
Berita

Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Arwah Siti Nur Surya, Reaksi Ayahnya Menangis Undang Sebak

Maliah Surip
04/11/2020
23:45 MYT
Bagaikan seorang wakil rakyat, Ustaz Ebit Lew tak jemu melaksanakan tugasnya 'berkhidmat' dan memberi kebahagiaan kepada masyarakat.
Melalui kemas kini terkininya di Instagram malam tadi, Ebit Lew memuat naik video dirinya datang ke Terengganu demi menziarah keluarga Allahyarhamah Siti Nur Surya Ismail yang meninggal dunia kerana dibunuh kejam di rumahnya.
Dalam potongan video tersebut, Ebit Lew dipeluk dengan penuh deraian air mata oleh ayah arwah, Ismail yang mengaku masih belum dapat melupakan kejadian memilukan yang menimpa anak perempuannya itu.
"Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.
"Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa," tulis Ebit Lew di ruangan kapsyen.
Ebit Lew juga mengaku sedih melihat ujian yang menimpa keluarga tersebut. Dalam kesempatan itu, beliau mengatakan telah berkongsi kisah Nabi Yakob AS yang kehilangan Nabi Yusuf AS.
"Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai.
"Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga," tutup Ebit Lew.

Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah. Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat. Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Terdahulu, media melaporkan Siti Nur Surya, 19, ditemui meninggal dunia dengan tangan kirinya putus oleh adiknya di kediaman mereka di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada Ahad.
Susulan itu pihak polis menahan seorang remaja perempuan yang merupakan kawan Siti Nur selepas diserahkan ibunya ke Balai Polis Telemong.
Remaja perempuan itu kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.