HIBURAN
Makan Portion Kanak-Kanak & 9 Bulan Fokus Turun Berat, Andi Bernadee Kongsi Rutin Harian - “Tak Google, Tak Ikut Orang Lain, Catu Makanan Sendiri Sebab…”
Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee berharap tidak ada pihak yang akan mempersoalkan pilihannya untuk menurunkan berat badan yang terkini sehingga mencecah 48 kilogram (kg).
Kurus secara semulajadi tanpa ubat
Menurut Andi, perubahan fizikan dalam tempoh setahun yang dilakukannya adalah secara semulajadi tanpa pengambilan ubat kurus.
Malah kata Andi, untuk menurunkan berat badannya dari 62 kg hingga 48 kg adalah dengan mencatu pengambilan makanan secara konsisten.
“Aku nak tutup buku gemuk-kurus ni mulai hari ni. Ini regime aku, no OZE****, No D****, No I.F.
“Makanan harian (portion kanak-kanak). Makan malam kadang-kadang skip, ganti dengan buah seperti jambu batu, nenas, apple, mangga muda, anggur.
“Tapi kalau ada kerja dari pagi sampai makam (shooting), saya akan makan lima kali, bahagian untuk orang dewasa.
“Tak boleh diet, saya nak tenaga untuk jalani penggambaran 15-16 jam sehari. Tak ada senaman tapi sejak akhir akhir ini aktif pickleball,” kongsinya di Instagram.
Sembilan bulan fokus untuk turun berat
Dalam pada itu, Andi menegaskan dia memberikan fokus sepenuhnya selama sembilan bulan untuk menurunkan berat badannya.
“Benda ini bukan sayu bulan terus jadi, saya ambil masa sembilan bulan fokus regime ni, tapi konsisten adalah kuncinya!
“Jadi benda ini saya dapat buat bila dekat rumah, terutamanya semasa shooting break. Kalau tanya lagi saya ada dietician?
“Tak, saya tak Google, saya tak ikut rutin orang lain, saya tak tengok journey orang lain. Saya catu makanan sendiri sebab main problem aku, 5 meals a day,” tegasnya.
Berikut merupakan rutin harian Andi:
Terdahulu, penampilan terbaharu Andi yang kehilangan lebih 14 kg mengejutkan netizen sehingga ada pihak mengaitkan perkara itu dengan unsur mistik.
Must-Watch Video