,
Laman Utama

“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil

Shahrin Zulkifle
01/07/2022
07:00 MYT
Setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwani bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Azzam Sham atau nama aslinya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25, di Instagram miliknya pagi tadi.
Menerusi hantaran itu, Azzam meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang dikurniakan kepada isterinya yang kini memasuki usia lima bulan kandungan.
“Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
“Pada hari Jumaat yang barakah ini, Azzam dan Sheryl ingin berkongsi berita yang kami bakal menimang cahaya mata pertama kami, inshaAllah.
“Usia kandungan kini memasuki 5 bulan atau trimester kedua,” kongsi Azzam.
Menerusi hantaran yang sama, Azzam turut meminta untuk mendoakan kesihatan isteri dan anak di dalam kandungan itu.
“Kami mengharapkan doa yang baik semoga urusan ibu dan zuriat yang bakal lahir ini dipermudahkan, menjadi anak yang soleh/solehah, penyejuk mata dan penyenang hati, membesar dengan baik dan sihat wal’afiat, menjadi insan yang berjasa kepada agama dan masyarakat. Aamiin Ya Mujib,” tulis penyanyi itu di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Azzam dan Sheryl telah sah menjadi pasangan suami isteri pada Januari 2022 dengan sekali lafaz pada majlis yang bertempat di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Azzam Sham Umum Nama Cahaya Mata Pertama, Terus Buka Akaun Instagram Untuk Anak

gempak
05/12/2022
03:00 MYT
Wah lepas terus buat IG anak...
Laman Utama

“Azzam Sheryl Junior Belum Ada Lagi Guys…” – Sheryl Syazwanie

gempak
20/03/2022
03:45 MYT
Doakan semoga mereka cepat-cepat timang anak okay!
Laman Utama

“Macam Ada Perkhabaran Gembira”- Hamil Baby Boy? Ramai Nampak Baby Bump Sheryl Shazwanie

gempak
18/03/2022
03:56 MYT
Wah kalau betul tahniah!
Laman Utama

Permulaan Tahun Yang Manis, Azzam Sham & Sheryl Shazwanie Selamat Bernikah

gempak
01/01/2022
09:50 MYT
Wah meriahnya tahun ni, tahniah korang.
All Together Now 2021

"Mohon Doa & Kasih Sayang Kalian..." - Azzam Sham Selamat Bertunang Dengan Sheryl Shazwanie

gempak
01/10/2021
12:40 MYT
Penyanyi dan juara Big Stage 2020, Azzam Sham telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Sheryl Shazwanie.