,
Laman Utama

Usaha Mencai 500 Jam, Mayat Ditemui Sah Pelakon The Garden of Evening Mists

Awani
28/06/2023
01:17 MYT
Sisa tubuh manusia yang ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel, California, Amerika Syarikat (AS) disahkan sebagai milik pelakon British, Julian Sands yang hilang semasa mendaki pada bulan Januari lalu.
Pendaki telah menemui sisa tersebut pada hari Sabtu, kata pihak polis, dan mereka kini telah dikenal pasti secara rasmi.
Sands terkenal dengan lakonannnya dalam filem yang pernah meraih Oscar, A Room With A View selain drama televisyen pupular, 24 dan Smallville dan juga filem The Garden of Evening Mists.
ARTIKEL BERKAITAN: The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56
The Garden of The Evening Mists merupakan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia yang mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan CJ Entertainment.
Filem itu juga merupakan adaptasi novel hasil karya anak tempatan, Tan Twan Eng yang menggunakan tenaga produksi dari beberapa buah negara termasuklah, Malaysia, Taiwan, Jepun, Singapura, India, Australia dan United Kingdom.
Pencapaian mendiang yang lain termasuk naskhah The Girl with the Dragon Tattoo pada tahun 2011 bersama pelakon Daniel Craig.
Sands yang berusia 65 tahun dilaporkan hilang pada 13 Januari lalu semasa cuaca buruk di kawasan Baldy Bowl di pergunungan San Gabriel.
Pencarian berdepan kekangan akibat cuaca buruk di kawasan itu dan dihentikan pada Mac kerana risiko runtuhan salji.
Bahkan, sebanyak lapan misi mencari melalui darat dan udara telah dilakukan termasuk usaha mencari oleh sukarelawan selama lebih 500 jam.
Selepas pencarian semula pada awal bulan ini, polis berkata, bahagian kawasan yang curam dan lembah masih tidak dapat diakses disebabkan oleh "kedudukan alpin yang ekstrem", termasuk ketebalan salji dan ais lebih daripada 10 kaki (3 meter) yang masih bersisa.
Dalam masa sama, keluarga pelakon berkenaan merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa California yang berusaha menjejaki mendiang Sands meskipun gagal menemukannya.
Sementara pada akhir Januari, abang aktor itu, Nick Sands, yang menetap di North Yorkshire iaitu tempat di mana mereka lima beradik dibesarkan berkata, dia telah mengucapkan "selamat tinggal" kepada adiknya.
"Saya telah menerima hakikat bahawa dia pergi dan bagi saya, itulah cara saya menghadapinya," katanya.
Dilahirkan di Otley, Yorkshire, dan dididik di Lord Wandsworth College di Hampshire, Sands memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi filem The Killing Fields.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.