,
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

Umirah Halim
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.

Dapat Komen Negatif

Menerusi hantaran di Instagram Story, Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkata, dia terbaca komen-komen negatif netizen yang mendoakan perkara yang tidak baik buat dirinya.
Susulan itu, dia tampil memberi respons mengenai isu tersebut.

“Pertama sekali saya nak panjatkan rasa syukur kepada semua yang mendoakan diri saya dan berkenaan jodoh saya. Semoga segala doa yang baik-baik berbalik kepada awak semua yang mendoakan.

“Tetapi, saya ada terbaca segelintir orang yang rimas dengan berita hubungan saya yang katanya sekejap jadi sekejap tak jadi.
Ada yang sampai keluarkan ayat-ayat dan doa yang tidak baik untuk saya. Urusan jodoh, ajal dan maut ini bukanlah di tangan saya.
“Terdetik di hati saya, mereka yang mempersoalkan urusan hubungan saya ini seolah-olah mempersoalkan kerja Tuhan,” tulisnya.

BERITA TRENDING: “Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

​BERITA TRENDING: Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

​BERITA TRENDING: Diburu Sensasi, Mimi Lana & Meerqeen Enggan Terperangkap Cinta Lokasi: “Kerja Sekolah…”

​BERITA TRENDING: Mimi Lana Ambil Masa Setahun Persiapkan Diri Untuk Filem ‘The Experts’ - “Saya Ada Pergi Kelas ‘Drift’ Sebelum Mula Penggambaran”

Pelakon drama Framed itu turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk bercakap soal hubungannya dengan Syafiq, namun sebagai seorang selebriti, tentu saja tidak boleh mengelak daripada media.
“Kami manusia biasa, sama seperti semua orang yang diuji dengan bermacam dugaan. Dan biarlah dugaan kami disimpan sebaiknya dan tidak dicanang kerana saya yakin kami berdua cuba sehabis baik untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam.
“Kalau tidak ditanya kami sendiri tidak mahu bercakap soal hubungan kami kepada orang ramai. Walaupun tidak ditanya terus melalui kamu, tetapi kami tidak dapat menepis setiap kali keluar ditanya oleh rakan-rakan media. Dan saya menghormati mereka.
Dalam pada itu, Mimi bagaimanapun sempat membuat permohonan maaf sekiranya berita hubungannya itu memberi kesan kepada kehidupan orang ramai.
“Mungkin urusan jodoh mereka dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Dan saya doakan mereka terus kecapi rasa bahagia itu. Saya di sini, terus berdoa Allah permudahkan segala urusan saya dan terus membimbing saya menjadi manusia yang lebih baik.
“Maafkan kami jika berita tentang kehidupan peribadi kami mengganggu urusan harian kamu semua. Saya tetap mendoakan yang terbaik, dan saya berdoa supaya Allah tutup mata-mata kami dari membaca berita kami yang membuatkan hari kamu semua tidak senang. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Syafiq Kyle seakan memberi bayangan hubungan cinta bersama aktres jelita, Mimi Lana kembali berputik.
Menerusi temu bual bersama Era, Syafiq menjawab pertanyaan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertanya sekiranya dia sudah ‘menakluk’ hati bekas kekasihnya itu.
Meskipun seakan bergurau, namun Syafiq secara terbuka menyatakan dia kini sedang menunggu keizinan daripada Mimi dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.
Terdahulu, pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.
Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.
Walaupun hajat untuk ke jenjang pelamin tidak kesampaian, kedua-dua selebriti itu tidak menafikan bahawa mereka masih bersahabat baik dan selesa antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”

gempak
23/11/2024
04:55 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa menolak pelawaan untuk bertanding dan bermain bola keranjang buat masa kini.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

Tiada Istilah ‘Bodek’, Along Kamaludin Selar Tindakan Selebriti Kutuk Fazura - “Dia Menyanyi Sampai Ke Indonesia, Yang Artis…”

gempak
10/11/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pengarah Along Kamaludin tampil memberi teguran kepada segelintir pihak yang mengutuk selebriti terkenal Nur Fazura di laman sosial gara-gara nyanyiannya baru-baru ini di Indonesia.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar