,
Hiburan

Urus Pasukan Bola Sepak Cacat Penglihatan Negara, Jurulatih Sunny Shalesh Kongsi Pengalaman

Azwa Rahman
06/03/2020
09:37 MYT
Jurulatih pasukan bola sepak cacat penglihatan negara, Sunny Shalesh meluahkan rasa bangganya apabila berjaya membawa kumpulan atlet istimewa itu ke tangga 18 pasukan terbaik seluruh dunia.
Menurut Sunny, 50, kisah suka duka pasukan ini daripada bawah sehingga bergelar atlet sepenuh masa negara perlu diceritakan kepada orang ramai
“Bola sepak menjadikan hidup atlet cacat penglihatan ini lebih bermakna. Mereka daripada orang buta normal kepada orang buta cemerlang, itu yang negara perlu tahu.
“Tapi kita cuba tunjukkan yang kita boleh mengubah hidup orang kurang upaya (OKU). Susah senang orang buta, saya taknak simpati orang. Saya perlukan empati semua untuk mengetahui kisah mereka,” ujarnya kepada Gempak.
Sunny berkata demikian ketika ditemui di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tambah Sunny lagi, dia tertarik untuk terbabit dengan filem Eye on The Ball selepas menonton filem Ola Bola.
“Masa filem Ola Bola baru keluar, satu Malaysia bercerita pasal filem tu. Saya pula jenis nak memperjuangkan nasib OKU, bila saya menonton filem tu, saya terfikir bilalah orang nak bercerita pasal Ola Bola tetapi versi buta. “Saya nak orang ramai tahu cerita kami jadi saya perlukan platform. Sewaktu pengarah filem Yihwen Chen datang mengikuti latihan kami, saya tahu dia seorang wartawan tapi tak tahu dia pandai buat filem.
“Bila kami mula bersembang, Wen pula banyak tanya pasal pasukan saya, tak sangka momen tu berikan dia inspirasi untuk menghasilkan filem Eye on The Ball,” katanya lagi.
EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan bertekad untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak profesional di pawagam tempatan bermula 19 Mac 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.