Laman Utama
Urat Lutut Putus, Hairul Azreen Tak Dapat Teruskan Filem Arahan Syamsul Yusof - "Dah Sampai Masa Saya..."
Aktor filem terkenal, Hairul Azreen memaklumkan yang dirinya tidak dapat meneruskan pengambaran filem The Original Gangster (The OG) arahan Syamsul Yusof berikutan mengalami kecederaan serius di kaki.
Lalu Hairul, menyatakan rasa dukacita terhadap pengundurannya kerana mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).
"Dukacita dimaklum saya tak dapat teruskan shooting THE OG disebabkan ACL lutut kiri saya putus," katanya.
Suami kepada Hanis Zalikha itu berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran yang sama dia berkongsi gambar dan video yang menunjukkan keadaan Hairul menahan sakit sambil menerima rawatan awal disebelah pengarah filem tersebut.
Dia juga memuat naik momen sewaktu menerima rawatan di hospital serta berada di atas kerusi roda.
Justeru, pelakon filem Paskal ini memohon maaf kepada pihak produksi dan rakan-rakan diatas kejadian yang tak diingini sehingga pengambaran tersebut tergendala.
Dia juga mengatakan mungkin sudah tiba masanya untuk berehat buat seketika dari terus bekerja sehingga mengalami kecederaan.
"Minta maaf kawan kawan dan team production. Dah sampai masa untuk saya rest," tulisnya.
Susulan daripada itu, ruangan komen Instagram pelakon berkenaan telah dihujani dengan doa agar dirinya segera sembuh dari kenalan dan juga peminat.
Must-Watch Video