,
Laman Utama

Untungnya! RichWorks Agih Minyak Percuma Kepada Lebih 1,000 Kenderaan Di Lembah Klang

Amri Hassan
10/12/2022
07:18 MYT
Lebih 1,000 pengguna jalan raya menerima agihan minyak bernilai RM50,000 secara percuma di sekitar Lembah Klang, hari ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, agihan tersebut merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman buat rakyat yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan.
"Kami berharap pengagihan minyak ini di lima stesen minyak terlibat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka.
"Usaha ini juga mendapat kerjasama selebriti seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan AG Azmeer serta pempengaruh, DD Chronicle yang juga prihatin kepada situasi dihadapi kebanyakan masyarakat masa ini," katanya yang kini berada di Atlanta, Amerika Syarikat.
Lima stesen minyak terlibat adalah di Klang, Kota Damansara, Shah Alam, Bangsar dan Ampang.
Radz menambah, sedekah Jumaat itu juga serentak dengan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes dan Wang 2023 yang baru dilancarkan dan bakal dikendalikan Azizan pada 4 hingga 6 Februari nanti.
"Azizan turut umumkan '50,000' tiket percuma dalam tempoh 72 jam bagi membantu dan menyokong masyarakat terutama usahawan mengharungi isu dan cabaran sedia ada dan mendatang.
"Selepas tamat tempoh tiket percuma itu, ia akan dijual yang mana Nak Ubah Hidup merupakan program secara fizikal bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC)," ujarnya.

Persiap diri untuk 2023

Jelas Radz, meskipun dikatakan 2023 akan lebih mencabar dan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, masyarakat khususnya usahawan tak boleh leka dan perlu persiapkan diri.
"Sekitar tiga minggu lagi, kita akan masuk ke tahun baharu dan inilah sebenarnya masa untuk masyarakat bersedia.
"Misi kami turut nak menaikkan pendapatan rakyat dengan berniaga dan meningkatkan jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara," jelasnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web nakubahhidup.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.